Thursday, December 3, 2009

...mulanya pembelajaran sebenar...

assalamualaikum...

alhamdulillah..dengan izin dan kurniaNya, 16 Nov 2009, bermula lah pembelajaran praktikal ku di Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Negeri Sembilan. Hati ni memang berdebar sebabnye untuk sesi praktikal kali ni, diri ni seorang je, THE ONE AND ONLY...huhu..kecut perut dibuatnya.

Kugagahkan jua..dan seketika teringat hadis ini
Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam
keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat
Muslim


walaupun mungkin ada yang rasa ianya seperti takda kene mengena, tapi bagiku..sangat bermakna...kerana aku adalah orang asing yang akan pergi ke suatu tempat yang asing, yang aku tidak kenali siapakah isi orang nya..huhuuh..dan hati ni rasa teruja bila membaca, Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu...huhuh..insyaALLAH..

Macam nak pergi temuduga kerja plak..tapi ape pun, perlu digagahkan juga kaki ni..
Seperti pagi-pagi yang biasa, pagi 16Nov tu, bukan pagi yang biasa sebenarnya..hehhe....
Seperti yang telah diarahkan, saya perlu melaporkan diri di jabatan patologi pada En.Sulaiman..
Proses melapor diri tak lah seteruk yang kusangka..Alhamdulillah..ALLAH mudahkan urusanku...semuanya berjalan lancar walaupun hakikatnya hati ni memang gugup segugupnya...
Mana tidak nya, sorang-sorang, semuanya kene bertanya...Tapi tu lah membuatkan saya mula kenal dengan kakitangan Jabatan Ptologi tersebut..

Seusai melapor diri..setelah siap segala urusan, diberi jadual, dimana bermula dengan lab hemato dan klinikal, seterusnya, blood bank, mikrob lab, biochem lab, parasit klinikal, akhir skali histopat lab.

semoga perjalan ini, kembara dalam menagih ilmu yang dicipta ALLAH ini diberkati, diredhai..
doakan daku sahabat...

Friday, October 30, 2009

...adoiii...tention..

Assalamualaikumm...

wuhuu..minggu yang sangat meletihkan, mengantukkan, dan segala yang 'me'.. kene siapkan proposal, even though kawan-kawan kata, tak susah mana pun, thesis tu lagi la kene tebal bejela-jela..stakat proposal yang nak kene berbelas helai tu je..tak la pening pun.. uhuhu..itu for u guys, for me..tak rasa pun macam tu..
mybe i have to changed my mind set i think..i should be more +ve. yeah..+ve lerr sgt saya ni..saya rindu ma saya, walaupun duk rumah, kene masak, kemas rumah, and do all the 'org gaji' stuff..saya rela..ahakss.. :)

emm..pe khabar la ye kawan-kawan yang dah abis study tu..aween, mahirah..pe la adik-adik ku sedang lakukan ye..korang tak mo keje ke..uhuhu..
ayu plak, musti berseronok-seronok kerja di tempat baru..ayu, gaji masuk nanti, belanja na..hihihi...(hahha..tak malu tul den ni)

haish..back to the main story..proposal saya yang dalam proses ni, ntah bila la nak siap. Tak tau la nape blur je ni..walaopun ade guide dah. Talasemia-nape la ko banyak jenis sangat. uhuhu..sape tau nak wat pewarnaan ape untuk smear darah patient talasemia..Romanowsky bleh ke ek?

p/s: tulunnn...

Monday, October 26, 2009

...exercise mulut..

Catu cenje, ciput ciar2 came copot cambil cari cengkerik. Ciput cuke ciar2 came cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahaya cerah. Cangat cerah campai ciput came copot cilau. Cahaya cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. Ciput cepat2 camba copot cebelum cahaya cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak came.
Ciput came copot cepat2 cembunyi cenyap2 cupaye cahaya cerah cucah cari ciput came copot...hehehe...cekian =)

Monday, October 19, 2009

...bahagianya dia

Assalamualaikum...
lama nya tak memBlog..huhuuu..well, as u all don't know..bila dah balik ke rumah, terputus lah ikatan diri dengan laman sesawang nih..nak ker cyber cafe, mintak ampun la sesangat coz kat rumah tu lebih banyak urusan yang perlu dibereskan...

Pagi-pagi kalau tak menghantar adik-adik ke sekolah, lewat la bangun tido saya.. :)
lewat tu takdelah sampai matahari dah atas kepala kan. Malu la kalo bakal mak mertua tau..huhuuu
Emm...rayer 2009, alhamdulillah masih bersama kedua ma abah and my beloved siblings..nak kata meriah, biasa je kot. Maybe dah makin dewasa, kalo zaman kanak-kanak mungkin meriah je selalu. Lagipun, dah nak dekat praktikal ni kan, saya lebih risaukan yang tu.

Tapi dalam kegusaran hati ni, ada la kejutan-kejutan yang menggembirakan...

1st of all, congrats kat kawan-kawan yang nak kawen, yang kebanyakan nya akan menjadi raja sehari end of this year, early next year, yang merancang pun..tahniah ye.. :) smoga perancangan kalian diberkati dan dipermudahkan perlaksanaanya..aminn :)
walaupun saya ni tak dijemput hadir, tapi saya tetap mendoakan kebahagiaan kalian..

then, congrats jugak pada kawan-kawan yang baru mendapat cahaya mata, especially kat sahabat di UNITEN dulu..faradila dan en mustaqym dengan kehadiran cahaya mata pertama, baby boy yang belum ku ketahui namanya, pada 13oct..thanx fara sebab inform munie...heheh..terharu rasenye :(


niat hati ni nak sangat ke kelantan tu tapi banyak yang menghalang kaki ni untuk kesana..
tapi ape-ape pun, taniah ye..nama baby pun takda kan. Hehehe...agak-agak ketandusan idea, mintak la idea munie eh, tengah banyak idea ni :)
huhuuu..takda anak sendiri, letak nama kat anak orang len pun jadi gak..huhuuu :)
munie ni tumpang happy jerr la bolehnye..hehhe
to my kakak iapar jugak, yanti..congrats, soon will become mother :) semoga jadi ibu yang mithali yerr.. :)

p/s : bile la giliran kite ye..hehhe..

Wednesday, September 9, 2009

...bicara hati

Aku duduk merenung sedalam-dalam nya rentetan kisah cinta ku. Setiap nya ada kisah dan memori yang masih aku semat dalam ingatan. Tiap cinta yang datang dalam hidup ku membawa pelbagai erti dan sesuatu yang amat berharga.

Aku merenung semula potret memori yang membuka hati ku untuk menerima kiasan kasih darinya. Prawacana nya aku tatap dan aku fahami satu persatu. Tanpa tidak aku sedar, hatiku telah di semai rasa kasih yang mula meresap jauh di dalam sanubari. Aku tak mahu leka dengan untaian rasa kasih ini tapi aku juga masih tak mampu untuk sirna kan sayang yang telah berakar di hati.

Aku juga hambaNya yang biasa. Tak mampu mengingkari hukum alam di semesta ini. Kau datang membuka lembaran baru untuk aku mengayam impian dan harapan bersamamu. Kehadiran mu, menyedarkan aku yang tak semestinya, aku, kau, kita akan menyatu dalam lindungan kasih Nya walaupun kita melayari rasa cinta bertahun lamanya. Kau menuntunku pada daerah yang penuh rasa kasih dan pengertian.
Dunia cinta penuh dengan bunga berkembang dan bintang bersinaran di bawah cahaya bulan. Dan tidak mustahil bunga akan layu, tiada bintang berkelip untuk menemani bulan yang bersinar keseorangan. Bila bayang-bayang kasih mula kabur, kita bersama mencari kenangan yang mampu menghidupkan semula api cinta kita. Aku tak pernah merasa yang cinta ini akan hilang walau kau dan aku kebekuan rasa sayang. Kerana aku belajar erti pasrah ketentuan nya pada cinta kita nanti bagaimana.

Tuesday, August 25, 2009

...penanda aras: Merisik akhlak calon suami


Assalamualaikum...

kenapa tetibe yek tajuk ni...:) hehehee..suka suki je sebenarnye..n maybe there's something in my mind..
A little bit opinion..
- Kaum hawa tak mampu memilih siapakah ibu atau ayah mereka, tetapi kaum hawa boleh memilih siapakah, apakah, bagaimanakah, calon suami yang mereka inginkan dan mereka suka untuk menjadi suami...

Dalam soal memilih calon suami, ada panduan yang telah di tetapkan syariat kepada wanita dan walinya...

Nabi SAW bersabda : " Apabila telah datang meminang lelaki yang kamu (wanita/wali) percayai akan agamanya dan kejujurannya (amanah); maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya di tolak maka tunggulah terjadinya fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar" (Riwayat Tirmizi)

So girls, as guidline in searching ur Prince Charming, yang bukan saja charming harapkan muka je, tapi yang lebih tinggi lagi ialah charming dari segi agamanya, there's something i wanna share..dari pembacaan yang tak seberapa..

Antaranya...

1. See how he speak with you, contohnya, adakah dia suka memberi salam apabila bertegur sapa, atau sekadar say 'hai' tak pun 'helo' je ke..Adakah cara die bercakap tu, merendah diri atau sebaliknye..

2. See how his relationship with his family. Adakah dia mempunyai hubungan yang baik dengan keluarganya atau seorang yang bermasalah <--- ni penanda aras yang baik untuk menilai akhlak dia

3. Risik-risik hubungannya dengan rakan-rakan sekerjanya

4. Selidik juga hubungannya dengan jiran-jiran dan ahli masyarakat setempat di mana dia tinggal. Misalnya adakah orang masjid dan surau mengenalinya. Adakah dia di senangi oleh jiran-jiran atau tidak...

so...you have the right to choose..how is he (prince charming) that will be your lifetime soulmate.. Pilihan yang perlu dibuat biarlah bersama seiring dengan meminta petunjuk dari ALLAH...

sekian...NOKTAH

p/s : huhu..semoga bertemu yang sentiasa membawa ke jalan yang diredhai Ilahi..Ya ALLAH.dan semoga dia(???) itu sentiasa istiqamah...aminnn

Wednesday, August 19, 2009

...mari kita bersyukur

Assalamu'alaikum...

Bismillah..

"Ya tuhan ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepada ku dan kepada kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang engkau redhai, dan masuk kan lah aku dengan rahmatMU ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh" (An Naml-19)




menitik air mata bile tgk video ni..Baru rasa menghargai rezeki yang diberi..Ya ALLAH..selama ni, banyak sungguh buat pembaziran..kadang-kadang buang2 je makanan yg tak habes..emm..
semua orang kene tgk video ni..baru rase sedar diri... (!__!)

Thursday, August 13, 2009

...sebelum di beri 'injection'

Assalamualaikum...

...murni, tadi de tampal memo utk bdk nk g li oktober..kt situ ckp yg 19 hrbln ni ade cucuk vksin hepatitis kne bayar rm65 sblm 17 kat cik tanty..

Mesej dari kak watie. Habis je baca, terus tepuk dahi. Huhuhuu..mana tak nye, nak bayar duit sewa lagi, ni plak ade lagi satu nak bayar. Adoyaii..heheee

But whatever it is, first thing u should know, what is HEPATITIS actually..

ok, lets start with
what does it mean by HEPATITIS..

The words hepatitis (pronounced: heh-puh-tie-tus) means inflammation of the liver and it can be caused by many thing such as auto-antibody which means your own immune system attacked your own body, bacterial infection or liver injury caused by toxin(poison)

Commonly, this problem is caused by one of the three viruses: Hepatitis A, Hepatitis B and Hepatitis C viruses.

Some of the viruses can mutate and it could be more dangerous to the body because it will be more hard for body to fight the viruses. Moreover, hepatitis B and C can destroy the liver and here, the liver transplant is needed and which is not always available or successful.

It is just roughly about hepatitis, emm saya rasa masyarakat skrg ni, dah ada tahap awareness yg tinggi tentang kebanyakan penyakit. Lagipun sekarang ni dah banyak kempen-kempen kesedaran tentang penyakit yang dah macam2 kat malaysia ni..emm..huhu dah mcm iklan plak saya kan..

Hehe kembali kepada masalah ongkos untuk hepatitis injection tu,
u noe what???
dah settle. ??? dun ask me how i settle it because i get it free from my mom's clinic..hehheee (^__^) selamat rm65..tapi kene la balik on next wk..ma kata ubat tu expired bulan 9..hahhaa..


p/s : ...oooh ubat..jgn la ko expired dlu eh..wait for me :)

sekian...NOKTAH

Thursday, July 23, 2009

...jatuh ke bumi

Antara 2 Cinta
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi

p/s : bila dengar lagu ni..suddenly ive heard a really soft voice inside of me telling that..jangan rasa rugi pun dengan kehilangan kawan yang tak memberi apa-apa dalam memajukan diri dan memperjuangkan islam..semua yang ada pada diri termasuk kawan tu hanyalah pinjaman. Semua tu duniawi je.. Setakat nak kejar kawan-kawan, kejar harta, kejar segala2nya lah yang boleh dikejar tapi lupa ukhrawi..what for u still alife..
Kalau pun dia nak menghukum kamu..nak mengata kamu, let it do what she want to do.. Mungkin ALLAH datangkan dia, dan biarkan dia buat begitu untuk kau sedar mana kesilapan mu.. ALLAH lebih mengerti dirimu..huhu..emo kembali..

whateva~

ALLAH knows.. (^__^)

Thursday, July 16, 2009

...ujian..

should be posted yesterday...

……… dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada. (3:154)

Sungguh,Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)


Pagi tadi dah terlambat, dalam perancangan nak pi kolej before 10 tapi...terlewat. Hari ni buar aktiviti mencabar sket sebab sebelum mandi, sempat exercise dengan zai..Exercise basuh dapur berdua..Yelah, bangun je tido, zai kata, "kak munie, cube gi tengok dapur.." dengan keadaan jalan yang macam orang mabuk, jalan la ke dapur....
EEEEwww...ulatb sampah tengah menari-nari kat lantai. Banyakkkk...hehehhe..ee geli la plak..
Pe lagi, mula la operasi membersih dalam keadaan yang sangat happy dan santai..huhu..basuh dapur pun seronok..pelik betol..
Dah siap basuh, terus gi mandi...After that, breakfst... Tengah khusyuk menikmati biskut kering, ayu call. asking me where i am. "Ayu kat shah alam ni kak, nak amik transkrip.."
Dengar ayu bagi tau macam tu, terus la siap-siap. Hope to see her. Huhuuu suddenly ayu call kata ada kat depan rumah. Heheee syukran ALLAH..memang rindu sangat kat adikku yang sorang ni. She left her car, in front of my house and we both have a great time together walking to the college.. Dah lama tak jalan sama-sama.. Bila dah jumpa, i think u know what happen la kan..bersembang tak ingat..huhuuu
ok left it behind...
sampai kat kolej, main objective is to take my examination slip..but u know, nak dapat kan nya macam nak nak dapat kan duit beribu..aktif id la..

bla..bla..bla..

bile nak aktif id, kakak tu kata, mana surat doc, kalau tak da surat doc, u kene bayar full payment sem lepas. (!_!)
memang rasa nak nangis je dah masa tu tapi ramai orang..CANCEL..mana tak nya, ingat nak bayar RM50 or RM100 ke..skurang2nya around RM600 belum ditambah yuran ntah ape2 lagi...kurang2 RM1000 lebey..memang kikis duit betul..huhuuu dahtu next week dah exam, bile plak nak balik amik surat...terus je call my ma..

bla..bla..bla..

ma ckp nnti ma pos..i said to my ma, "ma..pos smua skali dengan x-ray skali..nak letak kat muka orang acc department tu..biar dia yang kaji plak, melampau sangat, stakat drop subjek lmbat pun nak suh bayar full payment sedangkan orang tengah terlantar kat hospital, camne nak pi kolej dengan drip dekat tangan..SENGET betul.." huhuhuuuu

habeh satu dugaan..lagi satu dugaan datang...

clashing tarikh ngan masa exam untuk dua2 subjek..pas tulis kat buku clashing subjek, akak tu cakap, petang nanti tengok jadual baru eh..dengan semangat nye, ptg tu pi la tgk balik..memang de perubahan pun..perubahan warna kertas dari hijau ke oren pastu tulisan nye kecik sket..ee..sabar je la sabariah..kene tulis lagi kat buku clashing subjek..sabtu plak tgk balik. Kalo xde jgak.kene la kuarantin mcm kuarantin H1N1..hahaa.. (^_^)

tapi ape pun..semuanya dugaan dari NYA..semuanya membuatkan saya rasa disayangi dan untuk saya beringat, mungkin kesulitan ni untuk kesenangan saya di masa depan. Dan ianya mungkin untuk mengajar saya erti kesabaran... alhamdulillah..

Tuesday, July 14, 2009

...bukan nama kawan

Ujian.. Semuanya ujian dan dugaan untuk hati ini…

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita

Bila terlalu mengambil berat, dikatanya kita jaga tepi kain orang, busy body, jeles..n bla..bla..bla..n so on…hurmmm~ ntah la. Bila tak amek tau plak, kata sombong, selfish la..hape la. I really dun understand kenapa manusia too easy in judging other person.

I have a LOAD of friends…but for sure la kan, u have the VERY special one (girls okeh) that u’ll share all ur story, all ur sadness, happiness, hate, love..senang cakap, segalanya la kan…but suddenly, ur friend tu, pergi menceritakan sgala ape yang diceritakan pada dia kepada ORANG LAIN…dan untuk lebih SEDAP kan cerita lagi..dia tambah lagi garam, gula, cuka..sgala nya lah..supaya cerita tu lebih…besh!!! And on the other side..mereka-mereka yang mendengar akan Nampak la, yang orang diceritakan tu jahat la sangat-sangat…macam zionis tu la kejam nya kan..

How could she…huhuhuuu mimi kata, how could she what??memg dah die macamtu..mimi cakap die tu memang macamtu. Kenapa hati ni tak Nampak ye…huhu..

We need sumone that we call friend…bukan lah untuk gunakan die tapi sememangnya die sebagai kawan..KAWAN..untuk apa?untuk segala nya..share everything la kan..just like i said before this..for share..share..share..SHARING..ohh..what so ever~

------- all I say to u, everything I say to u, everything I tell u..hanyalah luahan hati sebab kadang-kadang hati ni sarat dengan masalah…bukan untuk memburuk kan, mencaci jauh sekali mengata…Hati ni tak pernah membenci orang mana-mana pun Cuma tak suka sikap dan hati ni sentiasa merisaukan keadaan kawan-kawan. Tapi mungkin kawan-kawan tak suka sikap hati ini yang seperti busy body, menjaga tepi kain orang. Sedangkan kawan-kawan tak pernah nak jaga tepi kain hati ni. Huh! Terpulang lah kau kawan-kawan..hati ni tak mintak untuk kalian risaukan hati ini, mungkin rasa keKAWANAN kalian tidak sekuat hati ini yang sayang kawan-kawan nya.

------- Pedulik apa hati ni…dalam islam pun tak de istilah jangan jaga tepi kain orang. Segala apa yang ku ceritakan hanya lah luahan kerisauan. Luahan akal yang dah sudah mula berfikir –ve tentang mereka dan mereka. Tapi yang hati ni sangat pelik..bagaimana kau boleh tukar kisah?kau yang membuat luahan tapi kenapa aku yang di burukkan???kenapa?takut orang menghukum kau kah kawan????

------- Bukan lah hati ni orang yang sempurna, hati ni mengaku yang hati ini juga sentiasa melakukan kesilapan. Maafkan hati ini kawan, menegur kawan…sudah lama hati ni memendam kan nya tapi mungkin hari itu, hati ni Nampak sedikit peluang untuk mencelah, untuk memberi pendapat dari kaca mata islam. YE..hati ni tak lah bijak dalam berkata-kata tapi selembut nya kata-kata yang cuba hati ini tuturkan..segalanya kebenaran yang cuba hati ini sampaikan…rupanya, kau kawan tidak mampu menerima kenyataan. Kenapa kawan? Terlalu siniskah ucapan nasihat ku itu? Hati ni sudah terlalu lembut berkata-kata…kenapa?salahkah lagi??? Takpe lah kawan..memang hatimu sengaja kau keraskan mungkin..sengaja kau tutup mata dan pekak kan telinga mungkin.. Yang boleh hati ini simpulkan, memang sukar untuk terima kenyataan dan hakikat kebenaran..dan mulalah waktu itu, semua kawan akan menudingkan jari pada hati ini yang hanya berniat merubah kepada kebaikan. Tak apa..hati ini menganggap ia nya ujian..alhamdulillah..dari ujian ini, baru hati ini sedar, kau kawan yang seperti apa…

SELESAI…

But sharing everything…bukan lah untuk kita menjaja semula cerita tu untuk dijadikan bahan-bahan hangat,untuk memburuk kan kawan itu semula.. tapi kenyataannya, hati ni juga boleh kejam seperti kau kawan, kerana hati ni juga boleh cerita apa yang kau kongsikan tapi..aku bukan seperti kau,suka memburuk kan kawan..…apa-apa lah kawan, hati ini tau sapa diri ini tapi tak tahu lah kau kawan..hati kau sebusuk itu…

Hati ni suka motivate diri ni supaya always think +ve to other people.but I dun think all of u boleh think +ve if ur own friend do sumtin yang mencurigakan and suddenly u want to force ur brain, ur heart, to think +ve..how???tel me how???hati tu mesti akan berkata-kata..ye tak???sebagai mana tak kisah pun hati tu..tapi dalam ketidak kesahan itu, mesti ada secubit curiga..

Tak pe lah, rasanya mungkin sekarang ni perlukan perubahan…KAU hidup KAU..AKU hidup AKU..mungkin kawan-kawan lebih selesa macamtu bukan???

p/s :- jangan percaya sapa-sapa…

Monday, June 29, 2009

...bila cinta


Cinta pertama adalah kenangan
Cinta kedua menjadi pengajaran
Dan
Cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
Kerana
Hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam
Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya
Agar ia terus mekar dan wangi
Sepanjang musim

Wednesday, June 24, 2009

..dah 1 rejab

Fadhilat Bulan Rejab


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab,dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."


Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"


Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."


Sunday, June 14, 2009

..mari2...cube resepi kuih "ABADIE HINGGA KE SYURGA"

Dah brape hari ye tak post entry baru..haa.. :) jadi..MARI..buat KUIH...
Okies..mungkin sesuatu yang pelik...tapi hakikatnye..hari ni nak tukar kerja..nak jadik tukang buat kuih plak...
Kuih ni, boleh dicuba oleh semua..Tak kira la lelaki atau perempuan, tapi kena la ikut resepi nye tau, kalau tak, tak jadi la..dan tak dapat la hasil kuih nya nanti =)


BAHAN-BAHAN : -
1 orang jejaka sihat (citarasa masing2...sihat/kacak/bijak/warak...)
1 orang wanita sihat (juga citarasa masing2....sihat/cantik/
pintar/warak...)

100% komitmen
2 pasang restu kedua ibu bapa
1 botol kasih sayang murni

HIASAN
1 tempayan besar humor
25 gram rekreasi
1 kotak doa
2 sudu teh telefon-telefonan
5 kali ibadah setiap hari/ditambahkan dengan yang sunat lebih baik
(semua bahan diadun sebati sehingga kembang)

TIPS

1. Pilih jejaka dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
2. Jangan yang satu terlalu tua dan terlalu muda sebab ianya dapat mempengaruhi ke enakan
3. Jangan mencari pilihan di tempat yang bernama DISKO atau PARTi sebab walaupun orangnya cantik dan harum baunya tapi kadang2 menipu pengguna atau kadang2 menggunakan zat pewarna yang boleh memudaratkan kesihatan
4. Gunakan Kasih sayang cap "DAKWAH" yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Jabatan Kesihatan dan Kerohanian.

CARA MEMBUAT nye... =)

1. Jejaka dan wanita tersebut dibersihkan hatinya...dibuang semua masa lalu dan tinggalkan hanya niat2 murni yang akan dibawa ke masa hadapan.
2. Kemudian, siapkan satu loyang yang telah siap di sapu dengan komitmen dan restu kedua orang tua
3. Siap diratakan semua bahan, masuk kan niat2 murni tadi ke dalam loyang dan di bakar di depan tok kadi selama lebih kurang 30 minit
4. Setelah selesai, biarkan di dalam loyang dan kemudian boleh lah di letakkan dengan hiasan nya...

PERINGATAN!!!....

Kuih "ABADIE HINGGA KE SYURGA" ni, boleh dinikmati oleh pembuatnya sehingga ke akbhir hayat..kuih ni enak di nikmati masa tengah panas2 lagi tau..tapi kalau dah sejuk sikit, leh la tambahkan hiasan nye..renjiskan humor2 segar,rekreasi sesuai keadaan, kemudiaan tambahkan doa yang tidak putus kepadaNYA, kalau nak sedap lagi, tambah la sentiasa ke tempat2 ilmu bersama supaya lebih hangat dan enak semula..bile dah hangat, jangan lupe tau, telefon2 lah bile berjauhan..macam mule bercinta dulu :)

DI jamin HALAL... :) (kalau ikut resepi nye laa... )

SELAMAT MENCUBA... (^_^)

p/s :- kuih ni utk mereka yang bercita2, yang berhajat tapi belum ada calon,yang tengah hangat bercinta...yang bakal mendirikan rumah tangga....brpa bnyk YANG daaa...hehehe.....yang dah mendirikan rumahtangga pun..bleh jgk :).. tapi untuk niat untuk lebih mengharmonikan rumahtangga yang makin sejuk beku :) bkn untuk nak buat tangga baru tau...huhuuuu..tapi kalau nak, ape slhnye hihihihi =)

Tuesday, June 9, 2009

ntah ape ntah...

1.Bekas kekasih saya adalah :
= _________bin___________ ???

2.Saya sedang mendengar :
= dengar lagu HIJJAZ

3.Mungkin saya patut :
= beli album HIJJAZ..sebab lagu die besh!!!

4.Saya suka :
= ngadap laptop..

5.Sahabat-sahabat baik saya :
= hanya ALLAH yang tahu

6.Saya tak paham :
= kenapa semenjak dua menjak ni..saya kurang bercakap dengan roomate sy

7.Saya kehilangan :
= ntah...alhamdulillah..takde lg yang hilang

8.Ramai yang berkata saya... :
= peramah, poyo

9.Makna nama saya
= yang bersinar..(jadi bile jmpe sy, sile pakai cemin mata itam yerr..silau nnti)

10.Cinta itu adalah:
= gift that ALLAH gave

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
= ruang tamu, roomate sy sedang membaca majalah tanpa mengendahkan saya...

12.Saya akan cuba
= berfikir ape yang die fikir

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
= hingga ke SYURGA...aminn

14.Telefon bimbit saya :
= warna pe ntah..dah takde baju dah phone ku itu

15.Bila saya terjaga dari tidur :
= aduhh...lupa nak baca doa bangun tido...ngeh~

16.Saya paling meluat apabila :
= orang yang over excited..blum pe2..dah sakan sgt..nyampah!!!

17.Pesta/parti adalah :
= tak suke...org ramai buat sy pening...tp kat sopping mall okeyh je..???wierd~

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
= monyet paling kecik kat dunia..ade kat AQUARIA..g la tgk..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
= 13-17

20.Hari ini :
= menemani kakak ku menjumpai kwn nye =)

21.Malam ini saya akan :
= ni tgh ngadap laptop..ape daaaa...

22.Esok pula saya akan :
= bersiap2 di awal pagi untuk menyalin jadual class..huhu

23.Saya betul2 inginkan
= diri sy berubah..dengan penuh istiqamah

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
= emm...nmpak macam dah kurang dah kesan jerawat..uhuu.. :)

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
= pe mende neh?mane2 je yang dinamakan shopping mall ngan kedai game arr..

26.Makanan Barat atau Jepun :
= barat??tak pasti...jepun=shushi...tapi skrg dah janji takmau mkn shushi..sob..sob (!_!)

27.Bilik yang terang atau gelap :
= terang=bile jaga...gelap=bile nak tido dan nak tenangkan hati bile frust...

28.Makanan segera adalah :
= banyak kolestrol..nanti saya tak sehat...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
= ntah..senyap je dari tadi...tak silap..ckp terima kasih... :)

30.Siapa yang anda nak Tag?
= EN.RAKCACER...shuk3...

sebelum tidur...

Sebelum terlena

http://www.liriklagu.com/liriklagu


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

p/s : - bile dengar lagu ni..mesti rasa sayu... (!_!)

Mungkinkah

Aku lelah mencintai lelaki yang belum aku nikahi. Ingin ku cabik-cabik hati ini, supaya rasa itu hancur dan pergi. Tapi cinta itu anugerah Ilahi. Aku tahu, dan sangat tahu. Cinta menjadikan aku manusia seutuhnya. Tapi jatuh cinta pada lelaki yang belum sah menjadi milikku adalah salahku sendiri. Aku yang tak menundukkan pandangan, aku yang tak menjaga lisan, aku yang sembarangan menebar senyuman.


Bidadariku,
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku
bidadariku

(Ayat-ayat cinta- Habiburrahman El Shirazy)


Aku ingin jadi seperti bidadari itu untuk suamiku. Mungkinkah????

Mungkin RASA HATI yang dulu..

Aku duduk merenung sedalam-dalam nya rentetan kisah cinta ku. Setiap nya ada kisah dan memori yang masih aku semat dalam ingatan. Tiap cinta yang datang dalam hidup ku membawa pelbagai erti dan sesuatu yang amat berharga. Aku merenung semula potret memori yang membuka hati ku untuk menerima kiasan kasih darinya. Prawacana nya aku tatap dan aku fahami satu persatu. Tanpa tidak aku sedar, hatiku telah di semai rasa kasih yang mula meresap jauh di dalam sanubari. Aku tak mahu leka dengan untaian rasa kasih ini tapi aku juga masih tak mampu untuk sirna kan sayang yang telah berakar di hati. Aku juga hambaNya yang biasa. Tak mampu mengingkari hukum alam di semesta ini. Kau datang membuka lembaran baru untuk aku mengayam impian dan harapan bersamamu. Kehadiran mu, menyedarkan aku yang tak semestinya, aku, kau, kita akan menyatu dalam lindungan kasih Nya walaupun kita melayari rasa cinta bertahun lamanya. Kau menuntunku pada daerah yang penuh rasa kasih dan pengertian. Dunia cinta penuh dengan bunga berkembang dan bintang bersinaran di bawah cahaya bulan. Dan tidak mustahil bunga akan layu, tiada bintang berkelip untuk menemani bulan yang bersinar keseorangan. Bila bayang-bayang kasih mula kabur, kita bersama mencari kenangan yang mampu menghidupkan semula api cinta kita. Aku tak pernah merasa yang cinta ini akan hilang walau kau dan aku kebekuan rasa sayang. Kerana aku belajar erti pasrah ketentuan nya pada cinta kita nanti bagaimana.