Tuesday, December 14, 2010

...orang lain yang TAK PANDU CERMAT...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

 Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih mampu menyedut partikel oksigen di bumi fana ini lagi. Hari ke hari meng'azam'kan hati untuk melewati blog ini, tapi~ hehehee..well, bace lah entry2 sblom ni ye..alasan sama. ^__^v

Ahad baru2 ni, ana sempat menghadiri kenduri khatan dan aqiqah anak2 buah ana. Al-kisah, pada hari kejadian, ana, ma, adik2 dan nenek menaiki kenderaan cumel NCJ itu ke kenduri tersebut. Perjalanan mengambil masa 1jam 15min [estimate je tuh, kalo ma tade, sejam je tu..hehhee] Disebabkan ma duduk disebelah ana [as a driver] pun kene memandu ikut kelajuan yg ma tetapkan. Agak2 dh naik 100km/j ma mula la high vol..hohoho ^__^ 
Nak taknak, bagi meredakan vol itu, ana pun memperlahankan kelajuan. Mungkin ma dah lebih 3 kali mengalami kemalangan, ma jadi fobia. Laju sikit je, ma dah mula takut..Yang anak dara dia ni pulak, bukan nye reti nak perlahan. hehehee... ok bukan nak cerita tu sebenarnye...!__! huhuu...
Otw ke tempat kejadian, tak pasti dimana, around jam 10.30 pg, sedang sedap memijak pedal minyak, kereta dari arah bertentangan panjang beratur nye, tiba2 satu kereta dari arah bertentangan memotong, jadi ana yang dari sblh sini apelah pulak keadaan nya? bayangkan!!! memang jika jalan tu cukup2 muat satu kereta, ana rasa ntah kemana ana n ahli2 dalam kereta tu. Ana plak yang kene mengelak, kalau tak kereta ana yang dilanggar nye.....huh! sungguh biadap pemandu itu!!! grrr!!! =_= memang berderau darah dibuatnye. Alhamdulillah ana tak menggelabah. 
Otw balik pulak, encik2 pembawa motor ni yang memanaskan hati dan kaki ana..aduhhh..
Menguji kesabaran sungguh!!! Depa boleh pulak jalan tengah2. Eh bukan ke motor2 ni kene jalan bahagian tepi? konpius ni??? anda menyebabkan saya dan orang lain yang perlu alert dengan anda..Dan anda sangat riang ria men'cilok' kiri kanan tanpa ade perasaan segan dan silu pada pengguna jalan raya yang lain. Segan dan silu tu bukan lah masalah sebab bukan ana tahu pun anda sape kan. Tapi ana pelik, anda semua takda perasaan takut ye? huh!!! Kerana anda lah, kami perlu berhati2. Len la kalo motor kalian ade perisai kat tepi2 tuh...safety la jugak. haishh... 
Depan mata ana sendiri, ketika jalan memang jammed dan kereta agak rapat dpn dan belakang, kadar pergerakan agak perlahan, kereta di hadapan memberi signal ke kiri, jadi kereta dibelakangnya, mengelak ke kanan, maka dengan itu datang lah pulak motor dari arah belakang yang bergerak ditengah2 tadi meluru, for sure jika dia tak break, dia akan melanggar belakang kereta tu. Dengan sedapnye jari dia hon kereta tu. Yang part best nye kan, pemandu motor itu, bergerak semula dan berselisih dgn kereta tersebut dan dengan hebat dan angkuhnya tanpa ada perasaan bersalah, memandang pemandu kereta ituuu!!!...
adoiii bang...ana rase nak keluar kereta dan datang pada dia, ketuk helmet dia..bolah tak macamtu??????? Ishhh...gerammmmmm!!!!!




 nota jari jemari : kalo motor kalian2 suma mcmni, xpa la jugak..huhu..[utk yg membawa motor, jgn marah ye..ini utk mereka yang tak berhemah..bukan anda ^__~ ] faham x cerita ni..hehehee..faham2 kan je la ye..lalalaaa~
 

Tuesday, November 30, 2010

...Munajatku..

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan 

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui Maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada Qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

nota kaki dihujung jari : ana dahagakan tarbiah, ana dahagakan kata-kata peransang buat melentur hati yang terkadang buta dan tuli.. ana dhaif, ana khilaf... YA ALLAH...

..aku tak mahu hati ini koma, dan mati dalam kejahilan..

Friday, November 12, 2010

...Mencari jiwa-jiwa...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ


Monolog Jiwa-jiwa

Wahai kekasih..aku datang mencariMU..
bukan kerana aku sedih atau berada dalam kegundahan..
tetapi ku tahu, hanya kau yang mengerti kekosongan ini..
hanya kau yang mampu memujuk jiwa luka ini..

Wahai kekasih, maafkan ku kerana selalu lupa kebaikan MU
sedangkan KAU tak pernah tinggal kan ku walau sesaat
tapi aku???
aku selalu tak setia denganMU..

Ana tak tahu apa yang membuatkan air mata ini tiba-tiba mengalir.Menaip dan memadam semula entry ini,  menjadi kan ana tak tahu apa yang perlu ana luahkan sebenarnya. Bukan nak minta simpati sesiapa atau publisiti murahan.
Kalau mampu dicatat kesalahan dulu, dan kealpaan yang sengaja, atau secara tidak sengaja, atau sebenarnya ketika melakukan nya, tahap iman ana berada di level kritikal.

Kini,ana menjauh dari arah yang dulu ana hanya di tepi jalan NYA. Alhamdulillah, kerana DIA lah yang menggerakkan nurani ini. Dan sedikit sebanyak dari sahabat2 dan mungkin juga effort ana barangkali (ia juga kehendak ILAHI)...
Berterima kasih untuk mereka yg sgt banyak memberi kata2 nasihat, semangat sehinggakan ana celik hati utk mengorak langkah, berhijrah ke jalan ini. Maaf ana masih anak2 yg bertatih. Jangan diberi segunung harapan everest pada ana, kerana masih cetek lagi ilmu di dada. Pohon doakan ana istiqamah..
Tidak apa2 andai ada yg membenci kerana ana sgt faham, kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Tapi kebencian itu adalah bahan2 kayuan untuk membakar lagi api semangat ana. Tidak salah ana mengungkapkan "Jutaan penghargaan" buat mereka yang memberi bahan bakar pada ana ^__^ hihii...

Coretan pendek ini hanya kata2 tidak bermakna bagi kalian, tapi beribu nilai bagi ana :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehee :] ana boleh mengemas rumah semula...masa dah time...hihii :D
all in all, ana lega dapat menaip... =.= 'boleh ke mcm tu???' lalalaaa~
till then...assalamualaikum~

Sunday, October 31, 2010

...Pilihan Saya : Senyap...

 ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Usai solat, saya duduk sebentar berteleku di tikar sejadah. Memikirkan, apakah yang perlu di ubah dan diperbaiki dalam diri. Scan punye scan dalam partition MINDA hehee..ada satu checklist yang panjang berjela-jela gamaknya [walaupun tak nampak dengan mata zahir] tidak ber'update' dan sudah lama dibiar dalam ruang KIV [tak sepatutnya letak dalam ruang tu..hohooo..itu lah dia saya, actually bukan KIV, cuma alasan membasi...LUPA!!! atau mungkin lebih sesuai saya katakan LEKA DAN ALPA!!!

*silent mode*

MULUT...anugerah ALLAH pada manusia, dengan nikmat berkata-kata/bercakap, sudah seharusnya kita perlu bersyukur pada DIA kerana walaupun semua manusia ada mulut, tapi bukan semua nya boleh bersuara. Terkadang melihat ada mereka yang tidak mampu berkata-kata, dalam erti mudah memahaminya, mereka BISU, itu pun sudah cukup menyentuh hati. 
Saya cuba mencari cari fakta, purata kita berbicara setiap hari. Saya tiada sumber kukuh dari mana fakta ni ye ^__^ hehee..tapi sekadar untuk pengtahuan dan kesedaran, tak salah mungkin. 
 Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

N one more thing, yang sahabat2 perlu tahu ye..
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
Huhuhuuu...waa kene pakai payung ni bile bersembang kan. kalau boleh, sediakan juga payung untuk sahabat yang kita sama-sama berbual tu. Protection bersama. :p hihiii
Well, bila sudah membaca fakta ni, dan diperkukuhkan lagi dengan hakikat kehidupan seharian yang saya dan kita semua lalui, membuatkan saya rasa, DIAM itu lebih BAIK.

Berbicara sepanjang masa, dan berhenti ketika tidur. Ada sahaja yang macamtu. Saya begitu? Mungkin??? Kalian? Mahu memilih yang bagaimana? Berbicara 24 jam sampai bateri mulut lemah, atau berbicara bila perlu, atau diam......dan hanya berbicara bila di tanya, tu pun sepatah tanya, separuh patah jawabnye hihii..ada ke???? :] Terpulang lah pada empunya diri. Mahu yang bagaimana. Jika berbicara yang baik-baik sahaja, sudah pasti mendapat ganjaran dari ALLAH, rakan taulan menyayangi, dan sudah tentunya sahabat-sahabat pasti suka hendak berbicara dengan kita.Tetapi jika butir bicara hanya menyematkan duri kesumat dijiwa yang mendengar nya, rasa nya ada tak yang suka nak bersembang selalu?

Jika lidah yang di kurniakan tidak mampu melahirkan kata-kata berhikmah, apalah guna berbicara tanpa telus dan hemah
Sia-sia saja berbicara 
andai hanya mahu menambah sepah dan nanah 
pada jiwa-jiwa yang meruntun wacana indah.

Para hukama ada bermadah
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecrdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
Sila pilih mahu jadi yang mana ye. Dan yang pastinya, diam ini banyak hikmahnya. 
1. Ia adalah ibadah tanpa bersusah payah
2. Kehebatan tanpa kerajaan
3. Perhiasan tanpa berhias
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Urghh... *beristighfar sendiri, walaupun sendiri yang menaip* Ya ALLAH...rasa melambak dosa kerana kata-kata. Rasa mahu diam sepanjang hari, dan hanya berbicara pada keperluan sahaja. Boleh ke saya???
Antara hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam ialah :
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan baragsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
Manakala hadis kedua pula yang bermaksud :
"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (RIwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" (Riwayat At-Tirmizi)
Adalah lebih aula untuk kita diam jika tidak tiada apa yang perlu dibicarakan [peringatan untuk diri saya sendiri] Kerana manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM.
Tetapi untuk sahabat yang ingin melakukan anjakan paradigma dengan membuat perubahan : DIAM dan hanya senyum. Berbicara hanya perlu sahaja. Saya amat yakin, ianya akan memberi satu kejutan yang hebat pada sahabat-sahabat anda yang lain..Hohohooo!!! Saya rasa tentu akan ada suara sumbangseh yang menerjah gegendang telinga kalian. Ahhh...biarkan ye, mereka tu sebenarnya 'jealous'...hihiii. Yang penting, jika itu azam yang telah di pateri dalam hati, pastikan kita pateri dengan baik. InsyaALLAh, untuk nak melakukan kebaikan, pasti ALLAH akan permudahkannya. Yang penting, jangan berhenti berdoa, berikhtiar sehabis cara, dan pengakhirannya, berserah pada yang ESA...


p/s : pernah usaha berubah untuk jadi diam. tapi sahabat tanya, kenapa? sakit ke? tak sihat ke? huhu...adoyaii...mana kan tidak, pelik tengok orang banyak cakap jadi senyap beribu kata. Tapi yang pasti, bila kita berazam mahu berubah, ujian sudah sedia menanti untuk melihat sejauh mana tahap kesungguhan kita mahu berubah... hohohohoo ^__~


Wednesday, October 20, 2010

...salahkah begini...

Assalamua’laikum…

pembuka kalimah bicara. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Alhamdulillah, masih diberi nikmat dan kesempatan untuk menghirup molekul-molekul O2 yang Allah kurniakan ^__^ [tetibe saintifik plak harini O2 = Oksigen : utk yg tidak mengetahuinye..ada ke yg tak tau?? ]
Dari hari ke hari mencari-cari… Cari ape? Hehee.. Cari ilham, memohon pada ALLAH moga diberi idea-idea untuk menyusun huruf A-Z menjadi kata-kata supaya boleh menjadi entry pada blog saya yang semakin bersawang ni ^__~ hihihiii….Saya bukan lah seorang blogger yang aktif. Nak kata separa aktif pun tak sesuai. Saya tak mampu seaktif sahabat2 lain, yang setiap bulan ada 5-6 post. hehee..cemburu melanda bila tengok ada post baru pada blog mereka. Tapi apa boleh buat, saya tak sehebat mereka. Idea saya selalu terbantut..ahakss :p [alasan]

Hati terasa ingin berkongsi sedikit... Kisah sedih taman hati...
Pernah suatu ketika, saya disoal oleh seorang sahabat, "kenapa berubah dan memilih cara dan gaya begini?" ada jugak yang kata, "ish..tak panas ke pakai tudung labuh2 ni?, saya pulak yang rimas tgk awak"..huhuuu ^__^  ada jugak yang cakap, " Alaa..ni berubah sebab berkawan dengan dia tu je, kalau tak, mesti biasa je" huhuu...indahnya kata-kata...sungguh murah hati mereka2 memberi saya pahala :)
Tak mengapa, saya biarkan mereka berbicara, kerana yang hanya mengetahuinya, cuma saya seorang je ^__~

Persoalan di kotak minda saya yang tiba2 rasa penuh ni,
SALAHKAH?? saya berubah memilih cara dan gaya begini?
SALAHKAH?? saya pakai tudung labuh begini?
SALAHKAH?? saya berkawan dengan dia dan dia itu, dan saya berubah?
SALAHKAH SAYA BERTAUBAT DAN BERUBAH????

Eh..emo ke?

Tak lah :) saya cuma tertanya2... Berdosakah saya membawa haluan dan meninggalkan susur jalan yang pernah saya jejak dahulu? Migrasi saya terbang dari danau yang berhutan belukar kan kealpaan, bersemak dan berdebu keegoaan...[huh!..sejak bile bersastra ni???]

Terbaca ayat ini ketika hati sangat memerlukan tarbiyah.. Allah s.w.t berfirman maksudnya :
"Dan berbuat baik lah kerana sesunggunya ALLAH menyukai (menyintai) orang yang berbuar baik" (Surah Al-Baqarah : 195) Boleh tak saya bacakan pada mereka ayat tersebut, moga2 mereka faham.
Sungguh jelas, bahawa ALLAH kasih kan orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan cuba sedaya upaya melakukan kebaikan kerana di minda nya, dia
sedar, hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.
Bukan hanya ALLAH yang menyukai hamba2NYA berbuat kebaikan, malah kita sesama manusia juga sukakan mereka yang berkelakuan baik :)
[walaupun saya tahu saya tidak sebaik itu tapi saya cuba untuk belajar menjadi baik]

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman (bermaksud) :
"Aku cintakan 3 jenis manusia, tetapi aku jauh lebih cinta kepada 3 jenis manusia lainnya, iaitu:
"Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi ORANG MUDA yang BERTAUBAT"

[Monolog hati] Emmm..ORANG MUDA yang BERTAUBAT. Jadi diri ini perlu bertaubat dan berubah, jika diri ini nak dicintai ALLAH. Kalau nak kata belum terbuka pintu hati, semacam je bunyi nye. Dah sah2 lah tak terbuka pintu hati kalau hati pun bukan ingat ALLAH. Macam mana ALLAH nak bagi HIDAYAH, sedangkan diri ini tak pernah berdoa meminta HIDAYAH dari NYA.
[Monolog kawan] Takpelah, biar la puas enjoy dulu, esok lusa, bertaubat la, muda lagi laa. Lagipun nanti bile dah berubah, kita dah tak boleh buat macam orang lain buat. Lagipun nak berubah ni tak boleh paksa2 la, nanti bukan ikhlas pun. Kita bukan jahat mana pun. Apa ingat dia orang yang baik tu, yang pakai tutup2 tu, baik sangat ke, Kita ni lagi baik dari dia orang tau. Tak payah lah dia orang tu nak tegur2 macam mana pakaian dan cara kita bergaya ni. Kita bukan kacau dia pun. Rileks arr!!!

**sepi**



Sesungguhnya ALLAH membuka peluang seluas2nya kepada hamba-NYA untuk bertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit dari sebelah barat (kiamat) atau sebelum nyawa sampai pada kerongkong, di mana pada ketika dan saat itu, tertutup lah pintu taubat untuk kita. Bila diri bertaubat, titik-titik hitam mula padam di hati, sekaligus membuatkan kita rasa ingin lebih dekat pada Maha Pencipta. Ketika itu lah, baru kita akan sedar segala tindakan kita dahulu adalah salah. Tapi masih ada juga di antara kita yang tidak insaf dan sedar, di mana apabila usia sudah tua baru datang kesedaran untuk bertaubat, sedangkan usia mudanya dihabiskan dengan perkara dosa dan melalaikan. Masih juga tiada kesedaran kerana dia tidak sedar yang dia bernasib baik kerana ALLAH memberi kesempatan bertaubat sebelum datangnya maut.
Kerana itu lah ALLAH lebih menyintai orang muda yang betaubat kerana sejak usia muda nya, dia sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran untuk menjadi orang soleh serta dekat dengan ALLAH.
ALLAH Maha Bijaksana mendidik hamba-NYA yang berusia muda agar bertaubat, dan tidak menunggu sehingga ke usia tua. ^__~  Lagipun sudah pasti tidak tahu kan bila kah tarikh ajal kita. Usia muda yang saya dan kita semua sedang alami ini, bukan lah satu cop yang diakui sirim bahawa ia menjamin kelangsungan hidup hingga tua. Anytimeeee. ALLAH bolah menjemput yang muda, apa lagi yang yang tua yang sudah tentu pengakhirannya maut.
Jadi jika ada yang masih ingin bertanya kenapa dan mengapa saya memilih cara ini. Harap ada sedikit cahaya dan pembuka ruang untuk kalian2 yang bertanya mendapatkan jawapan nya. Jangan terlalu cepat menghukum dan membuat 'judgment' anda sendiri. Moga ianya akan membuka hati dan minda kalian biarpun sebesar zarah. Yang pasti, ada yang lebih hebat ujian nya dari saya yang sekadar ibarat anak kecil yang masih bertatih ini.

[p/s ; tidak ku nafi, terkadang layu jua semangat dari membenteng hati..aku jua lemah, tak mampu hindari fitrah insani]

Thursday, October 14, 2010

...wahai qalbi, jangan alpa


Ya Ilahi...
Berilah tarbiah MU
berikan kesakitan dunia
agar daku sentiasa 
berada di kolam iman
menyelam dasar kemanisan
kerana ku sedar...
bila terlalu di ulit keindahan
jiwa ku mula bersalut debu keduniaan

berikan busar sakti pada imanku
agar mampu memanah kelibat pendusta
supaya tetap teguh pada tiang kebenaran


~mencari kekuatan~

Wednesday, October 6, 2010

...Hijab wanita islam...

Assalamualaikum...

segala puji bagi ALLAH yang memberikan rahmat kasih dan sayang pada sekelian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah..
masih diberi nikmat menghirup nafas di bumi ALLAH ini =)
sebulan tak men'update' blog ni...seperti sedia maklum, alasan yang sama..huhuu..idea terbang ntah kemana.. Puas memaksa tp tak berhasil.. =)
smemangnya mungkin sy ni kurang idea dalam penulisan tapi agak perasan untuk mempunyai blog sendiri, jadi ini lah hasilnye..hehee... blog yang tak ber'update'

Hati terdetik nak share dgn sahabat2 tentang artikel yang sy baca ni. sy lupa dari mana sy baca, =)

semoga ianya memberi input yang sgt2 berguna utk kite semua...


Hijab bererti tabir , tirai atau dinding dan digunakan juga dengan erti kata perselindungan wanita di dalam Islam daripada pandangan lelaki ajnabi.
Rasululullah SAW menyatakan bahawa wanita ialah aurat yang mesti diselindungkan.

Firman Allah SWT : “ katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah mereka menahan( sebahagian ) daripada pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat .”
( surah An-Nur ayat 30)

Firman Allah yang menerangkan akan batas-batas aurat wanita ialah : ( surah An-Nur ayat 31)


Hijab: Aurat meliputi gaya suara dan jalan wanita

TERMASUK dalam erti hijab bagi wanita ialah menjaga gaya tutur kata dan pertuturannya.
Ia hendaklah tidak dalam gaya atau mempunyai unsur yang boleh menarik perhatian lelaki secara sengaja atau tidak sengaja, seperti gaya pertuturan yang dimanja-manja atau penggunaan perkataan yang memberahikan. 
Firman Allah taala yang bermaksud:
"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk terhadap kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). "(Surah Al-Ahzab: 32)

Sebahagian ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa suara wanita adalah aurat juga. Namun semua bersetuju, walaupun di kalangan pihak yang berpendapat suara bukan aurat bagi wanita, bahawa wanita tidak boleh bertutur dengan gaya yang boleh menimbulkan tarikan lelaki terhadapnya.

*Terdapat juga persoalan mengenai bolehkah wanita berdakwah melalui nasyid...?
Jawapannya boleh rujuk di sini:

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=495&Itemid=72

*Gaya jalan

Termasuk dalam hijab ialah gaya jalan seorang wanita. Ini berdasarkan pada firman Allah taala yang bermaksud:
... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah An-Nur: 31)

Ayat ini mengharamkan wanita memakai pergelangan kaki yang berloceng sehingga apabila ia berjalan loceng itu berbunyi dan menarik perhatian seorang lelaki kerana ayat ini diturunkan merujuk kepada perbuatan wanita jahiliah yang sedemikian. Berdasarkan ayat ini juga, wanita dilarang memakai pergelangan tangan yang mengeluarkan bunyi loceng yang menarik perhatian dan larangan wanita dari melenggok-lenggokkan tubuh badannya sehingga menarik perhatian lelaki. Lantaran kurang kefahaman, amalan memakai alat perhiasan berloceng ini didapati juga di kalangan wanita yang memakai hijab pakaian.

*Berkhalwat
Berkhalwat bermaksud berdua-duaan di tempat yang terasing dengan lelaki yang bukan mahram. Larangan ini wujud dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita tanpa bersamanya mahram kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan." (Riwayat Ahmad)

*Bersentuh kulit
Termasuk dalam hijab wanita ialah menjaga aspek ini kerana hadis berikut yang bermaksud:
"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)
Ini adalah pandangan yang lebih kuat yang menjadi pegangan majoriti ulama kecuali mazhab Maliki. Ini juga aspek hijab yang masih diabaikan oleh kebanyakan wanita.

*Tunduk pandangan
Bagi memenuhi tuntutan hijab, Islam juga memerintahkan wanita menundukkan pandangannya dari melihat lelaki. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka. (Surah An-Nur: 31)
Menunduk pandangan bukan hanya perintah ke atas orang lelaki dari melihat wanita. Walaupun seorang lelaki berpakaian menutup aurat, namun ia tidak bermakna boleh seorang wanita melihatnya tanpa tujuan yang dibenarkan begitu juga lelaki.

*Bersolek dan menghias diri
Hijab juga meliputi aspek bersolek dan menghias diri. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu ... (Surah Al-Ahzab: 33)
Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami.
Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki.
Demikianlah luasnya tuntutan hijab ke atas wanita yang melampaui aspek pakaian dan tudung semata-mata. Seharusnyalah wanita-wanita Islam memahaminya dan berusaha untuk melaksanakannya. Batas-batas ini bukanlah satu kongkongan tetapi ia mengandungi hikmah dan kebaikan yang ditetapkan oleh Allah taala Yang Maha Bijaksana.


" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"

p/s : renungan dan ingatan buat diri ni yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan... :(

Wednesday, September 1, 2010

...nikmat pemberian ALLAH : sAhAbAtKu...

Assalamualaikum

segala puji bagi ALLAH, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..


Buat seorang insan

syukur pada yang ESA, rahmat pemberianNYA, [persaudaraan + persahabatan]

Perjalanan kita melangkah bersama, bermula ketika daku bertemu mu di pintu sebuah kehidupan..

Sungguh daku melihatmu, dan hati menduga yang kita sebaya. Ohh, tidak rupanya. Kita ditakdirkan sebagai adik dan kakak. Dirimu yang pada mulanya agak pendiam tidak langsung merunsingkan daku.

Mula melangkah ke alam perjuangan mencari ilmu-ilmu ALLAH, kita mula beriring bersama membina impian. Tak pernah kau tinggal kan daku di belakang atau terjatuh. Berbibit lah ukhuwah kita dalam ketidak sedaran qalbu. Sayang mula membenih, kasih mula bertunas padamu.

Masih adakah pada memorimu? Kata-kata ku… “ukhuwah ini pasti di uji” Ianya bukan doa tapi itu lah hakikat nya. ALLAH pasti menguji ukhuwah ini, untuk melihat keteguhan dan keikhlasan jiwa-jiwa yang mengaku segalanya hanya kerana DIA.

Bermula semilir angin membahang panas, meniup bumbung ukhuwah yang sedang terbina. Mengintai hati yang mana perlu di bakar, dan dicairkan agar tidak bersatu aliran kasih antara dua jiwa yang bersatu kerana ALLAH…[sungguh iblis itu mahu menyesatkan anak cucu Nabi Adam]

Ada juga hati yang tak mahu melihat keakraban jalinan ini, tapi entah apa kekuatan hati yang datang, daku tetap mengorak langkah mencari setitip pengertian darimu agar kita tidak jauh terpisah. Kerana aku tak mampu menipu diriku, benar kasih ku terlalu dalam untuk mu. Entah dari mana ia datang tapi ku pasti, Rabbul Izzati yang menyuburkan halaman kasih ini.

Mehnah yang diuji lebih mengharumkan laman hati. Semakin kuat erat hubungn ini. Walaupun diriku dan dirimu jauh, Alhamdulillah… Hati kita tak pernah.

Sehingga detik menggapai mercu bintang, kita masih berdua. Mendakap erat tali ukhuwah ini, biarpun terkadang masa bersua jasad. Kau tetap setia disisi walaupun mereka yang sepatutnya ada tidak meraikan nya untukku.

Kini, kita masih setia di jambatan kasih kerana Ilahi ini, lantaran waktu dan jarak yang membezakan kejauhan, ia tidak pernah memudarkan semarak hati. Terlalu jiwa ini menyedari, dirimu hanyalah pinjaman untukku, rasa kasih ini hanya limpahan rahmat yang tak terperi nikmat NYA untuk ku hirup. Syukur Ya ALLAH…

Tak terungkap dengan bait puisi indah jika mahu kugambarkan dirimu yang terlalu membawa erti bagiku. Biarlah hanya kuntuman doa kepadaNYA menjadi wadah saksi kesungguhan dan keikhlasan jiwaku menyayangi mu..TERIMA KASIH untuk segalanya dan yang akan datang


dan TERIMA KASIH padaMU ya ALLAH, menganugerahkan daku seorang insan yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan diwaktu ku rebah atau berdiri gah.

SAHABATKU…Air mata yang menangis segalanya kerana ALLAH akan menjadi bukti di negeri abadi nanti…semoga kita bersama di syurga hakiki…

p / s : merindukan dirinya...

Saturday, August 14, 2010

..:: SALAM RAMADHAN ::..

Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT lah penawarnya.
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya.
Jika semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN adalah pembersihnya...

MARHABAN ya RAMADHAN

p/s :- Assalamualaikum...maaf andai lambat menghulurkan salam kemaafan di bulan yang penuh barakah ini... :)


4 RAMADHAN 1431 H / 14 AUGUST 2010

Friday, July 9, 2010

...what kind of LOVE you have?

when your "LOVE" for something/somebody, makes you sacrifices everything, your DEEN, give up your family, your dignity, self respect and sanity, and your LORD that create you from nothing..it's NOT call "LOVE"..it is call "SLAVES"....

...siaPa YanG Bengkok?

Assalamualaikum...

agak seronok membaca article ni...so, saya nak berkongsi dengan sahabat2 semua. I dun know where i get this article coz i take it from my big bro. Jadi jika penulis nye terbaca, mintak keizinan post di blog saya ye :) hehee..


semoga kite dapat manfaat dari pembacaan ini.. :)

Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah takdatang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orangperempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak.
Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak,Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam
Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan
perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada ayap kiri?kepada masyarakat.
Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan,terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.?BR>
"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara rotes?tu yang tak sama.
Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah.
Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok' daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu
bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu penyempurnaan?
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna.
Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung'. la melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat `rahmah'. ni bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.?BR>

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar"

"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada
usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar".
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok' daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini... "


p/s : Bukan dari tulang ubun ia dicipta
Sebab berbahaya membiarkannya dalam sanjung dan puja
Tak juga dari tulang kaki
Karena nista menjadikannya diinjak-injak dan diperbudak
Tetapi dari rusuk kiri
Dekat ke hati untuk dicintai
Dekat ke tangan untuk dilindungi
(dari buku “Agar Bidadari cemburu padamu”)

Friday, June 4, 2010

...tutup mulut tu...

Assalamualaikum...

sgt lama saya tak update blog ni kan..bukan tak mahu tapi bila nak mula je menaip, idea tu terbang mana ntah..heheee :) dan alhamdulillah, hr ni..ALLAH dah beri saya buah idea..something yang saya nak share dengan semua..even saya tau mungkin semua dah tau, tapi tak salah kita peringat kan lagi kan..kan..kan.. :) MANUSIA kan MUDAH LUPA.. (^__^)


KIta semua dah tau yang syaitan tu musuh kita, dan dalam firman ALLAH

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu)- (6 : 35 al-Fatir)


terang dan nyata SYAITAN tu musuh kita..tp apakah selama ni kita berikhtiar untuk mengelakkan musuh kita dari menganggu dan merosakkan kita? Kalau berdepan dgn musuh nyata, mungkin senang untuk kita bertindak kan..tapi ni musuh yang kita tak nampak...then, what should we do??? PREVENTION IS BETTER THEN CURE...huhu..

Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”
(Muslim)

“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.” (Hadis riwayat Ahmad)


jadi...bile rasa nak menguap tu..cepat2 la tutup mulut anda sekelian..Tak kan kita nak biarkan SYAITAN masuk kan.eeee..tak nak kan????? masa menguap pun tak perlu lah nak mneguap sampai orang sebelah dgr :) huhuuu...wuarghhh...sampai nmpak la anak tekak tu..dah la tak tutup mulut..ish2... jadi dah tau kan kenapa kene TUTUP MULUT TU bile menguap.. :) jadi sebar2kan lah..sama2 kongsi ye....

segala yang baik itu dtg dari ALLAH..dan segala kemahan itu datang dari saya sendiri..wallahu'alam

p/s : agaknya kalo kite nampak la SYAITAN tu masuk dlm mulut kite..agak2 ape la tindakan kite ye??? hehehhe