Sunday, November 6, 2011

my heart is...in fast beat MODE



ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ


“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi) ^_^


Pumping just like never before...

Ya ALLAH, berikan hambaMU ini ketabahan dan kekuatan untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran hidup ini...


Alhamdulillah, mengira waktu itu, ana sememangnya sekarang kelu untuk meluahkan rasa hati.. Kalau ikut hati, mahu saja menangis seperti anak kecil minta di pujuk dan di tenangkan. :) ngeee~ ngade2 je kan..


Tapi hakikatnya, ALLAH MAHA MENGETAHUI..
^_^ 


"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (1)

Surah An-Nisa , ayat 3


Mohon doa dari sahabt/sahabiah semua....semoga semuanya berjalan dengan sebaik2 pengakhiran.. ALLAHUMMA AMINN... (:

Monday, October 17, 2011

lebih BAIK untuk DIAM

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Dari pembacaan ana, walau tidak banyak tapi mungkin boleh dikongsi sedikit buat santapan hati ^_^ 
(as a reminder for me also)

Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:

  • Diam dan ini ibadat yang pertama
  • Tawadhuk
  • Dzikrullah atau berzikir
  • Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)

Abu Hurairah r.a. berkata 
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebaiknya Islam seorang itu jika dapat meninggalkan apa-apa yang bukan kepentingannya."


Seorang cendikiawan (Haliem) berkata: "Enam macam menunjukkan kebodohan iaitu:


  • Marah tidak pada tempatnya, seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya
  • Bicara yang tidak berguna kerana itu seharusnya seorang yang berakal tidak bicara kecuali jika penting dan berguna
  • Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti memboros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya
  • Membuka rahsia pada semua orang
  • Tidak membezakan antara kawan dengan lawan kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi dan musuh yang utama ialah syaitan laknatullah, yang benar-benar harus dijauhinya.

Al Auza'i berkata: "Orang mukmin itu sedikit bicaranya dan banyak bekerja dan orang munafiq itu banyak berbicara dan sedikit kerja (amal)."

All in all, dari apa yang ana lampirkan disini, i'm moving forward to be Orang mukmin itu sedikit bicaranya dan banyak bekerja  ^__^ doakan ana ye!!

saya yang comel =p

Monday, October 3, 2011

Permulaan yang telah lama bermula ^_^

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Masih berbaki penat mengemas rumah. Sehinggakan demam dan sakit-sakit sendi dan urat. Alhamdulillah, menerima DEMAM dan SAKIT yang diberi sebagai satu kafarah pada ana. :) Rasa seronok sebab dah lama tak demam.
Alhamdulillah :) akhirnya masih dapat menge’post’ entry terbaru secara serius, setelah meninggalkan nya beberapa bulan.  Ini hanyalah kerana…….

TADAAAA :) 

CUTE LADYBUG DESIGN AITE ^_^

Makanya, dengan design baru, ana kene rajin.. wahhh!!..
Kenyataan hendaknya la kata-kata ini..
*tadah tgn sapa yang baca dan tolong amin kan ye*

Anda merasa terpaksa? Hihi :) asiff… Tapi ana tetap mahu sahabat/sahabiah semua amin kan ye.. Walaupun waktu yang bersaing dengan ana, antara kerja, persiapan DOT.DOT.DOT , dan keletihan badan.. ^_^

SERIUS!!! Bukan lawak ni.. ana perlukan TARBIYAH secara terus.. TARBIYAH HATI.. sebab serasa dah semakin berkudis ni. Tindakan pointing somebody else to be blame adalah sangat tidak PROFESSIONAL . Jadi, ana perlu lah muhasabah kan diri supaya boleh di selesaikan dengan cara baik.

Ana perasan sekarang ana sudah pandai
  •  Beri alasan untuk tidak membaca buku ilmiah
  • Banyak cakap dari banyak baca KALAM ALLAH
  •  Cepat marah
  • Banyak buat yang lagho dari buat perkara yang bersifat mahmudah
  • Kurang zikir sebab dah banyak cakap
  • Dsb.. (Okeyh..banyak lagi maknanya ya. Can’t be listed)
Jadi,semoga hati ini tidak semakin parah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
 
Bukhari dan Muslim

*YA ALLAH.. sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri =_=”

ok FULLSToP..  


Saturday, September 3, 2011

Ketika ini lagu yang rancak didengari..

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Saat dua hati berjanji
Tuk arungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia

p/s - starter

When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When life in love and try
When life in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quietness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray 

Wednesday, March 30, 2011

ke'sawang'an

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang...

Salam mahabbah

...ya ALLAH...lama sungguh tak menjenguk Cherita HATI ku ini. Sungguh ana bukan mahu memberi alasan tapi sememangnya ana tak berkesempatan menitip bingkisan HATI pada dunia maya ni dek kerana kepenatan yang bersaing dengan badan dan masa ana. Heheee...well dah mula bekerja, dan baru mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling di office.. (jangan tanya kenapa office, kenapa bukan lab hospital ye) heh! ^_^

hehee...jika nak cerita kan segala pengalaman yang ditimba, memang ade lah dalam 10 ke 20 post for every month.. :D huu... tapi ape guna berjanji, andai tak ditepati...hihi.. jadi sememangnya ana tak mampu untuk menjanjikan apa-apa..."JUJUR"

~kisah picisan~

Perjalan 2 purnama yang lepas, walau tidak berabad, tapi yang pastinya terlalu banyak ranjau menghalang, onak mendepani jalan.. Sekalipun ana tak mahu melangkah tapi ia TETAP perlu ana teruskan...
Hakikat kehidupan dalam mengenali sikap manusia buat ana mula membina kematangan (eh baru nak matang ke ^_^) heheee....
Terlalu banyak yang ana dengar, bahawa matang ini adalah bergantung pada UMUR, kerana banyak nya umur itu menunjukkan banyaknya pengalaman, dan dari pengalaman lah, seseorang itu membina kematangan. Pastikah yang menjangkau usianya itu pemikiran nya matang??? Matang bukan bergantung pada 'figure' and in my opinion, it is JUST NUMBER!!!!


Menaip entry ni sebenarnya tanpa bekalan apa2 di kotak minda. Cuma mahu mengurangkan ke'rengsaan' tangan yang agak gatal-gatal untuk menaip..hihii... for a moment, QUIET is best for me... 


p/s : tulis ikut suka tangan :p



Wednesday, January 26, 2011

...oh abi, abah, ayah, papa, babah, abuya,..maafkan anak mu...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Seorang ibu/ayah mampu menjaga 10 orang anak2nya, tapi 10 orang anak2 tak mungkin mampu menjaga seorang ibu/ayah...

Selalu kita dengar ungkapan ini, biarpun masih ada yang menafikan nya, hakikat nya ia tetap dan masih berlaku. Untuk kes-kes yang ada di siarkan di media, dan yang tidak disiarkan juga sudah tentu banyak. Kalau tidak, masakan masih ada lagi tempat2 yang dinamakan "Rumah orang-orang tua" dan rumah apa ntah lagi yang dijadi kan rumah penginapan sementara kepada mereka yang masih lagi bernyawa yang bergelar "warga emas" ini...
Terfikir bagaimana tergamak nya hati manusia yang sanggup menghantar ibu atau ayahnya di rumah 'itu'. Sedangkan itu lah insan yang telah membawa mereka kedunia, mereka lah insan yang memberi tanpa mahu meminta balasan. Tapi hati siapakah itu yang sangup membuang mereka?

26 December 2010
Ma ambil atuk, katanya atuk nak tinggal di rumah ana. Ma kata, sementara ana belum bekerja ni, boleh jaga atuk. Atuk ana yang sudah berumur 83, hanya terbaring, kudrat nya untuk berjalan telah berkurang akibat terjatuh semasa mahu ke bilik air. Kaki atuk sebelah panjang sebelah pendek. Ingatan juga sudah mula banyak yang hilang. Nama ana digunakan untuk memanggil ana dan adik ana yang perempuan. Mungkin atuk tengok muka ana dan adik sama :)
Atuk tak banyak karenah, waktu nya hanya di isi dengan tidur, dan terkadang ana terdengar potongan ayat2 al-quran. Terkadang jelas dan tidak. Lauk makan tengah hari dan malam nya, mahukan ikan sungai. Biasalah, orang kampung, itulah selera mereka. :)
Itu lah hakikatnya, mungkin itu bahagian untuk atuk. Selepas kehilangn nenek, mungkin semangatnya separuh hilang.... Emm.. ana sangat tersentuh bila abah mandikan atuk, mengalir air mata atuk. Ana tak pasti apa perasaan atuk ketika itu, tapi mungkin sedih atau terharu kerana menantu nya sanggup memandikan nya... Bila baring, ana kadang2 nampak atuk mengesat air mata, mahu bertanya tapi ana segan. Mungkin terkenang sesuatu..
Semalam bila ma beri tahu atuk, ana akan mula bekerja, nampak sayu di wajahnya. Katanya, nanti abah tinggal sorang lah ye. T_T  ana yang jadi sayu tibe2.

Sebenarnya bila tengok atuk, ana terbayang abah... :(
Biarpun abah sehat dan masih bekerja membanting tulang empat kerat untuk kami sekeluarga, tapi ana risaukan kesihatan abah....

emm.. maaf ana tak dapat teruskan en3 ni..mata sudah kabur dipenuhi air hujan..huhuu T_T





p/s : abah..along sayang abah...

Friday, January 21, 2011

...Ohh...ini KEK ye...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ


INI "CHOCOLATE MOIST CAKE"

SEKIAN...... ^_^ 
p/s : nak rasa perlu datang rumah ana ye... ^_~ 
 

Monday, January 10, 2011

...Doaku padaNYA...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

 Ya ALLAH.. jangan kerana dosaku yang lalu, Engkau hijab diri ini dari jagaanMu walau sesaat..Jangan Engkau lepaskan aku pada hambaMu yang akan menjauhkan aku dari syurgaMu...Ya ALLAH, Tuhan pemilik hati-hati ini...Peliharalah diriku, juga bakal imamku...
Aminn Ya Rabbal 'Alamin....


...me and the NEW starter dishes...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ 

"Demi Masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-Asr 1-3)

Ana adalah manusia, kalian juga manusia. Adakah kita di dalam kumpulan yang 'kerugian' itu atau kita berada dalam kelompok 'kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh'? Kesayuan hati menerjah. Entah kenapa, mudah sungguh hati ini sayu bila duduk senyap sebentar sambil 'scan' semula diri ana. Ayat pertama terbit dari hati, "Ya ALLAH, banyak nye MASA yang dah hambaMU ni buang...Ya ALLAH, macam mana nak ambil semula masa tu. Ruginya diri ini Ya ALLAH...

[..bicara hati..]
Huh!...untuk apa menyesali lagi masa yang dah lama terkubur rapi. Kan jika lebih baik dan beruntung sekiranya, memanfaatkan masa yang sekarang dan yang akan datang... Bak kata omputeh lerr kan, NO TURNING BACK!!!! so, tak payah lah sampai terkehel kepala tu nak menoleh ke belakang yang bersemak samun tu ye  ^_* hohohoo~

So...lets renew, start all things in new spirit..cewah!! speaking london plak ana ni..hoyeh!!! ^_^

..........................................................

sebenarnya entry ni bukan untuk NEW YEAR.myb we can make is as a starter dishes for this new spirit... ..dan hanya terlintas untuk meluahkan apa yang ana rasa diketika ini. Terfikir apakah masa yang diberi, di manfaatkan sebaik nya atau hanya sia-sia tergadai tanpa pengisian. 

As all friends know, ana bukan lah blogger tegar yang selalu mempunyai percambahan idea yang aktif..hehehe ^_~  walaupun sekarang ana mempunyai banyak masa kerana masih di rumah tanpa sebarang kerja lagi. Itu pun masih jarang berHAPDATE blog neh...hehhehee ^_^V 
Memang tidak mungkin ana menghasilkan bait-bait indah, tapi biar ia bukan indah manapun, ia tetap dari hati ana yang ikhlas... Semoga tahun ini 2011, akan melakar 1001 pengalaman yang membina diri, iman dan amal, dan biarkan setiap saat dan detik terisi dan di isi dengan mengingati ALLAH S.W.T. Ambil ibrah dari perkara yang lepas. Dan ambil peringatan, jangan di ulang kesilapan lama...Kerna orang beriman, tidak melakukan kesilapan berulang kali. ^_^
Untuk azam baru, secara umum, dah dibuat ketika awal muharram lalu, secara khas, sentiasa diHAPDATE mengikut kesesuaian ana ^_^V ...dan semoga segala urusan dan perancangan ana, dipermudahkan olehNYA.insyaALLAH wa biiznillah..aminnn...

-wamakaru wamakarallah wallahu khairal makirin-



apa ada dengan ini LOVE..heh! CINTA ALLAH, CINTA RASULULLAH SAW, CINTA MAK ABAH & FAMILY, CINTA ____, (sila isi tempat kosong)... 



ada.bunga2 sakura tengah mekar...... lalalalaaaaa ^_^V

Wednesday, January 5, 2011

...bile cuaca gelap dilihat dari mata yang gelap...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Alhamdulillah masih dapat menekan kekunci huruf ni untuk merangkai sedozen kata2 sebagai perkongsian bersama.hehee ;) 
Betul kata orang (sapa orang tu?huhuu...ade la~) bila kita buat, memang kita tak rasa salah, tapi bila kita tengok orang lain buat, huhuuu...rasa nak gelak guling2 pun ada, nak nangis nanti, pelik plak org tgk, nak garu2 kepala yang tak gatal ni pun ada jugak rasenye.huhuuu..macam2 lah rasa... 


Biar di short kan ceritera nya ye...
Al kisahnya bermula~
sbagaimana yang semua tak tahu ^_^ heheee...pada setiap hari sabtu, sentiasa ada pasar malam kat taman perumahan ana. Jadi last 2 weeks, ma terchenta mengajak ana ke pasar malam. Well, nak tak nak, berat kaki melangkah. Tak suka bersesak2 sebenarnye. Tp kerana teman kan ma, pergi jugak la....
Selesai membeli, bergerak untuk pulang.. Sambil berjalan, mata melilau jugak ke kanan dan kiri, sekali terpandang seorang remaja perempuan, bangga berfesyen dengan legging nye yang ketat melekat ( ishh..nk kene gam la mata ana nih...hehehe ) owhhh... selesa barangkali menunjukkan kekurusan kakinya. Baju adik2 nya yang darjah 4 mungkin? Comel bertudung, tapi satu yang buat ana sedikit PELIK...ade SPEC HITAM MATA BELALANG di atas kepala nye.. i wonder???? apekah fungsi spec nya itu?
ooohhhh...nak kate cuaca panas, sudah pasti tidak kerana ana yakin ana sedang berada di pasar malam. Dah kalau malam, tentunya GELAP + HITAM = TIDAK CERAH
NOKTAH.....

Ana mengaku ana tidak pandai berfesyen, ana tidak ranggi, tidak HAPTUDATE, tidak anggun lagi menawan dalam berpakaian, tp insyaALLAH HAPTUDATE la dengan kehendak syarak...
Bukan mahu menghina kerana ana juga tidak lah sempurna, tidaklah bagus. Tapi ape perlunya berpakaian begitu??? as my big bro suke cakap "tak function langsung" hehehhee...
Wake up girls, HELLO...kakak mu ini masih belum buta fesyen ye adik2. Please don't make urself jadi bahan untuk di ketawa kan. Mungkin bila ada yang baca entry ni, tasuke dengan ana, mungkin juga kata, cam ana bagos!!! again...sile :) 

tapi hakikatnya..bila hati kita dah nampak indahnya islam tu, macam mana indah pun orang kata tentang perkara yang takda dalam kod etika islam itu, ia tetap TAK INDAH... 
Apa kah perlu untuk kita mempamerkan kecantikan itu? boleh sesiapa beri satu pendapat yang sangat bernas ape perlu mempamerkan kecantikan, ana spesifik kan, kecantikan tubuh badan. Ana rasa masalah ni dah terlalu luas di hurai. Ada yang membaca tentang apa itu aurat, siap dengan ayat Al-Quran...tapi masih membutakan mata hati untuk tidak memahami. Masih terngiang di telinga ana, bicara seorang sahabat
"Bukan tak nak berubah, tapi nantilah...hati belum terbukak lagi la. Tapi insyaALLAH, satu hari nanti bile dah berumur sket, memang nak berubah"  Haishhh...yelah2...nak kata tak dapat hidayah ye..emm... Tapi ana tengok takda pun usaha nak mencari hidayah ALLAH.. Dan dia boleh tanya ana - salahkah begini ---> gedebushh!!! (sound effect tu..heee) Hehehee...memang salah pun. Hhuhuuuu ^_^

Buka mata HATI luas2..

Allah SWT berfirman
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


Rasulullah SAW bersabda 
“Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR. Muslim)

banyak lagi..tapi sikit2 dulu ye...
Okey tak? Tak JELAS lagi??? hurmm...mungkin rabun, mungkin power cermin mata sudah meningkat? owhh..ye2..mungkin tidak..lalalallaaa~ 


atau............................
   

anda sedang memakai SPEC HITAM MATA BELALANG? ( well..xde model yang leh gambarkan spec mata seperti yang ana tengok itu..hihii)




p/s : cerita macam tak link je dengan tajuk... =_= emmm pe2 je la...ana je yang kisah...org lain tak pun... huhuu... ^_~

Monday, January 3, 2011