Usai solat, saya duduk sebentar berteleku di tikar sejadah. Memikirkan, apakah yang perlu di ubah dan diperbaiki dalam diri. Scan punye scan dalam partition MINDA hehee..ada satu checklist yang panjang berjela-jela gamaknya [walaupun tak nampak dengan mata zahir] tidak ber'update' dan sudah lama dibiar dalam ruang KIV [tak sepatutnya letak dalam ruang tu..hohooo..itu lah dia saya, actually bukan KIV, cuma alasan membasi...LUPA!!! atau mungkin lebih sesuai saya katakan LEKA DAN ALPA!!!
*silent mode*
MULUT...anugerah ALLAH pada manusia, dengan nikmat berkata-kata/bercakap, sudah seharusnya kita perlu bersyukur pada DIA kerana walaupun semua manusia ada mulut, tapi bukan semua nya boleh bersuara. Terkadang melihat ada mereka yang tidak mampu berkata-kata, dalam erti mudah memahaminya, mereka BISU, itu pun sudah cukup menyentuh hati.
Saya cuba mencari cari fakta, purata kita berbicara setiap hari. Saya tiada sumber kukuh dari mana fakta ni ye ^__^ hehee..tapi sekadar untuk pengtahuan dan kesedaran, tak salah mungkin.
Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.Huhuhuuu...waa kene pakai payung ni bile bersembang kan. kalau boleh, sediakan juga payung untuk sahabat yang kita sama-sama berbual tu. Protection bersama. :p hihiii
Well, bila sudah membaca fakta ni, dan diperkukuhkan lagi dengan hakikat kehidupan seharian yang saya dan kita semua lalui, membuatkan saya rasa, DIAM itu lebih BAIK.
Berbicara sepanjang masa, dan berhenti ketika tidur. Ada sahaja yang macamtu. Saya begitu? Mungkin??? Kalian? Mahu memilih yang bagaimana? Berbicara 24 jam sampai bateri mulut lemah, atau berbicara bila perlu, atau diam......dan hanya berbicara bila di tanya, tu pun sepatah tanya, separuh patah jawabnye hihii..ada ke???? :] Terpulang lah pada empunya diri. Mahu yang bagaimana. Jika berbicara yang baik-baik sahaja, sudah pasti mendapat ganjaran dari ALLAH, rakan taulan menyayangi, dan sudah tentunya sahabat-sahabat pasti suka hendak berbicara dengan kita.Tetapi jika butir bicara hanya menyematkan duri kesumat dijiwa yang mendengar nya, rasa nya ada tak yang suka nak bersembang selalu?
Jika lidah yang di kurniakan tidak mampu melahirkan kata-kata berhikmah, apalah guna berbicara tanpa telus dan hemahSia-sia saja berbicara
andai hanya mahu menambah sepah dan nanah
pada jiwa-jiwa yang meruntun wacana indah.
Para hukama ada bermadah
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecrdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
Sila pilih mahu jadi yang mana ye. Dan yang pastinya, diam ini banyak hikmahnya.
1. Ia adalah ibadah tanpa bersusah payah
2. Kehebatan tanpa kerajaan
3. Perhiasan tanpa berhias
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib
Urghh... *beristighfar sendiri, walaupun sendiri yang menaip* Ya ALLAH...rasa melambak dosa kerana kata-kata. Rasa mahu diam sepanjang hari, dan hanya berbicara pada keperluan sahaja. Boleh ke saya???
Antara hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam ialah :
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan baragsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
Manakala hadis kedua pula yang bermaksud :
"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (RIwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" (Riwayat At-Tirmizi)Adalah lebih aula untuk kita diam jika tidak tiada apa yang perlu dibicarakan [peringatan untuk diri saya sendiri] Kerana manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM.
Tetapi untuk sahabat yang ingin melakukan anjakan paradigma dengan membuat perubahan : DIAM dan hanya senyum. Berbicara hanya perlu sahaja. Saya amat yakin, ianya akan memberi satu kejutan yang hebat pada sahabat-sahabat anda yang lain..Hohohooo!!! Saya rasa tentu akan ada suara sumbangseh yang menerjah gegendang telinga kalian. Ahhh...biarkan ye, mereka tu sebenarnya 'jealous'...hihiii. Yang penting, jika itu azam yang telah di pateri dalam hati, pastikan kita pateri dengan baik. InsyaALLAh, untuk nak melakukan kebaikan, pasti ALLAH akan permudahkannya. Yang penting, jangan berhenti berdoa, berikhtiar sehabis cara, dan pengakhirannya, berserah pada yang ESA...
p/s : pernah usaha berubah untuk jadi diam. tapi sahabat tanya, kenapa? sakit ke? tak sihat ke? huhu...adoyaii...mana kan tidak, pelik tengok orang banyak cakap jadi senyap beribu kata. Tapi yang pasti, bila kita berazam mahu berubah, ujian sudah sedia menanti untuk melihat sejauh mana tahap kesungguhan kita mahu berubah... hohohohoo ^__~
0 comments:
Post a Comment