Monday, June 29, 2009

...bila cinta


Cinta pertama adalah kenangan
Cinta kedua menjadi pengajaran
Dan
Cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
Kerana
Hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam
Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya
Agar ia terus mekar dan wangi
Sepanjang musim

Wednesday, June 24, 2009

..dah 1 rejab

Fadhilat Bulan Rejab


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab,dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."


Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"


Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."


Sunday, June 14, 2009

..mari2...cube resepi kuih "ABADIE HINGGA KE SYURGA"

Dah brape hari ye tak post entry baru..haa.. :) jadi..MARI..buat KUIH...
Okies..mungkin sesuatu yang pelik...tapi hakikatnye..hari ni nak tukar kerja..nak jadik tukang buat kuih plak...
Kuih ni, boleh dicuba oleh semua..Tak kira la lelaki atau perempuan, tapi kena la ikut resepi nye tau, kalau tak, tak jadi la..dan tak dapat la hasil kuih nya nanti =)


BAHAN-BAHAN : -
1 orang jejaka sihat (citarasa masing2...sihat/kacak/bijak/warak...)
1 orang wanita sihat (juga citarasa masing2....sihat/cantik/
pintar/warak...)

100% komitmen
2 pasang restu kedua ibu bapa
1 botol kasih sayang murni

HIASAN
1 tempayan besar humor
25 gram rekreasi
1 kotak doa
2 sudu teh telefon-telefonan
5 kali ibadah setiap hari/ditambahkan dengan yang sunat lebih baik
(semua bahan diadun sebati sehingga kembang)

TIPS

1. Pilih jejaka dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.
2. Jangan yang satu terlalu tua dan terlalu muda sebab ianya dapat mempengaruhi ke enakan
3. Jangan mencari pilihan di tempat yang bernama DISKO atau PARTi sebab walaupun orangnya cantik dan harum baunya tapi kadang2 menipu pengguna atau kadang2 menggunakan zat pewarna yang boleh memudaratkan kesihatan
4. Gunakan Kasih sayang cap "DAKWAH" yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Jabatan Kesihatan dan Kerohanian.

CARA MEMBUAT nye... =)

1. Jejaka dan wanita tersebut dibersihkan hatinya...dibuang semua masa lalu dan tinggalkan hanya niat2 murni yang akan dibawa ke masa hadapan.
2. Kemudian, siapkan satu loyang yang telah siap di sapu dengan komitmen dan restu kedua orang tua
3. Siap diratakan semua bahan, masuk kan niat2 murni tadi ke dalam loyang dan di bakar di depan tok kadi selama lebih kurang 30 minit
4. Setelah selesai, biarkan di dalam loyang dan kemudian boleh lah di letakkan dengan hiasan nya...

PERINGATAN!!!....

Kuih "ABADIE HINGGA KE SYURGA" ni, boleh dinikmati oleh pembuatnya sehingga ke akbhir hayat..kuih ni enak di nikmati masa tengah panas2 lagi tau..tapi kalau dah sejuk sikit, leh la tambahkan hiasan nye..renjiskan humor2 segar,rekreasi sesuai keadaan, kemudiaan tambahkan doa yang tidak putus kepadaNYA, kalau nak sedap lagi, tambah la sentiasa ke tempat2 ilmu bersama supaya lebih hangat dan enak semula..bile dah hangat, jangan lupe tau, telefon2 lah bile berjauhan..macam mule bercinta dulu :)

DI jamin HALAL... :) (kalau ikut resepi nye laa... )

SELAMAT MENCUBA... (^_^)

p/s :- kuih ni utk mereka yang bercita2, yang berhajat tapi belum ada calon,yang tengah hangat bercinta...yang bakal mendirikan rumah tangga....brpa bnyk YANG daaa...hehehe.....yang dah mendirikan rumahtangga pun..bleh jgk :).. tapi untuk niat untuk lebih mengharmonikan rumahtangga yang makin sejuk beku :) bkn untuk nak buat tangga baru tau...huhuuuu..tapi kalau nak, ape slhnye hihihihi =)

Tuesday, June 9, 2009

ntah ape ntah...

1.Bekas kekasih saya adalah :
= _________bin___________ ???

2.Saya sedang mendengar :
= dengar lagu HIJJAZ

3.Mungkin saya patut :
= beli album HIJJAZ..sebab lagu die besh!!!

4.Saya suka :
= ngadap laptop..

5.Sahabat-sahabat baik saya :
= hanya ALLAH yang tahu

6.Saya tak paham :
= kenapa semenjak dua menjak ni..saya kurang bercakap dengan roomate sy

7.Saya kehilangan :
= ntah...alhamdulillah..takde lg yang hilang

8.Ramai yang berkata saya... :
= peramah, poyo

9.Makna nama saya
= yang bersinar..(jadi bile jmpe sy, sile pakai cemin mata itam yerr..silau nnti)

10.Cinta itu adalah:
= gift that ALLAH gave

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
= ruang tamu, roomate sy sedang membaca majalah tanpa mengendahkan saya...

12.Saya akan cuba
= berfikir ape yang die fikir

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
= hingga ke SYURGA...aminn

14.Telefon bimbit saya :
= warna pe ntah..dah takde baju dah phone ku itu

15.Bila saya terjaga dari tidur :
= aduhh...lupa nak baca doa bangun tido...ngeh~

16.Saya paling meluat apabila :
= orang yang over excited..blum pe2..dah sakan sgt..nyampah!!!

17.Pesta/parti adalah :
= tak suke...org ramai buat sy pening...tp kat sopping mall okeyh je..???wierd~

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
= monyet paling kecik kat dunia..ade kat AQUARIA..g la tgk..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
= 13-17

20.Hari ini :
= menemani kakak ku menjumpai kwn nye =)

21.Malam ini saya akan :
= ni tgh ngadap laptop..ape daaaa...

22.Esok pula saya akan :
= bersiap2 di awal pagi untuk menyalin jadual class..huhu

23.Saya betul2 inginkan
= diri sy berubah..dengan penuh istiqamah

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
= emm...nmpak macam dah kurang dah kesan jerawat..uhuu.. :)

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
= pe mende neh?mane2 je yang dinamakan shopping mall ngan kedai game arr..

26.Makanan Barat atau Jepun :
= barat??tak pasti...jepun=shushi...tapi skrg dah janji takmau mkn shushi..sob..sob (!_!)

27.Bilik yang terang atau gelap :
= terang=bile jaga...gelap=bile nak tido dan nak tenangkan hati bile frust...

28.Makanan segera adalah :
= banyak kolestrol..nanti saya tak sehat...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
= ntah..senyap je dari tadi...tak silap..ckp terima kasih... :)

30.Siapa yang anda nak Tag?
= EN.RAKCACER...shuk3...

sebelum tidur...

Sebelum terlena

http://www.liriklagu.com/liriklagu


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

p/s : - bile dengar lagu ni..mesti rasa sayu... (!_!)

Mungkinkah

Aku lelah mencintai lelaki yang belum aku nikahi. Ingin ku cabik-cabik hati ini, supaya rasa itu hancur dan pergi. Tapi cinta itu anugerah Ilahi. Aku tahu, dan sangat tahu. Cinta menjadikan aku manusia seutuhnya. Tapi jatuh cinta pada lelaki yang belum sah menjadi milikku adalah salahku sendiri. Aku yang tak menundukkan pandangan, aku yang tak menjaga lisan, aku yang sembarangan menebar senyuman.


Bidadariku,
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku
bidadariku

(Ayat-ayat cinta- Habiburrahman El Shirazy)


Aku ingin jadi seperti bidadari itu untuk suamiku. Mungkinkah????

Mungkin RASA HATI yang dulu..

Aku duduk merenung sedalam-dalam nya rentetan kisah cinta ku. Setiap nya ada kisah dan memori yang masih aku semat dalam ingatan. Tiap cinta yang datang dalam hidup ku membawa pelbagai erti dan sesuatu yang amat berharga. Aku merenung semula potret memori yang membuka hati ku untuk menerima kiasan kasih darinya. Prawacana nya aku tatap dan aku fahami satu persatu. Tanpa tidak aku sedar, hatiku telah di semai rasa kasih yang mula meresap jauh di dalam sanubari. Aku tak mahu leka dengan untaian rasa kasih ini tapi aku juga masih tak mampu untuk sirna kan sayang yang telah berakar di hati. Aku juga hambaNya yang biasa. Tak mampu mengingkari hukum alam di semesta ini. Kau datang membuka lembaran baru untuk aku mengayam impian dan harapan bersamamu. Kehadiran mu, menyedarkan aku yang tak semestinya, aku, kau, kita akan menyatu dalam lindungan kasih Nya walaupun kita melayari rasa cinta bertahun lamanya. Kau menuntunku pada daerah yang penuh rasa kasih dan pengertian. Dunia cinta penuh dengan bunga berkembang dan bintang bersinaran di bawah cahaya bulan. Dan tidak mustahil bunga akan layu, tiada bintang berkelip untuk menemani bulan yang bersinar keseorangan. Bila bayang-bayang kasih mula kabur, kita bersama mencari kenangan yang mampu menghidupkan semula api cinta kita. Aku tak pernah merasa yang cinta ini akan hilang walau kau dan aku kebekuan rasa sayang. Kerana aku belajar erti pasrah ketentuan nya pada cinta kita nanti bagaimana.

Monday, June 8, 2009

sehari di hari pertunangan...

Semalam 7 june..berlangsung majlis pertunangan adik sahabat baik ku :)
kedatangan ke rumah kwn sy ni kire 2 in 1 la coz dah lame tak jumpe kan since masing2 dah ade komitmen sendiri..
sy bertolak dari rumah 9.00pg..naik bas dengan beg2 yang berat,dengan baju kurung nye..adehh..terpaksa la control ayu..
sampai seremban, naik komuter ke nilai..kat sana ayu dah tggu sy dgn keta MyV
nye..
sampai kat rumah aween, masuk je rumah..mata sy dah jadik purple..uhuu..mana tak nye...tema purple kan,sy plak..salah lagi tema..pakai warna biru.Tapi kan, biru dgn purple tu adik beradik kan :D hehehhe...
then sy ni tetibe je di arahkan utk me'make-up' kan cik azreen..org yg nk bertunang nye...huhu..dah lame meninggalkan zaman make-up ni..bleh ke lagi..nak tak nak terpaksa gak la coz mak nye dah mintak tlg..huhu..belasah je la labu...
takut je jadi opera cina..heh~

lepas diberi masa 20 min..hasilnye..

ntah ape yang di make-up kan pun tak tau..tuan punye badan dah pesan tak nak heavy sgt..then sy buat biase2 je la...harap2 die puas hati la kan..sape suruh org tak berkaliber ni make-up kan..memg la tak lawa kan..hehhe.. tapi tuan punye badan ni memg lawa,..so tak make-up pun tak pe kot... sigh~

masa nak sarung cincin..ibu pihak lelaki yang sarungkan...org taiping rupenye..
idak la teman tau..huhu

walaupun u bkn majlis kiteorg tapi time begambor tak kan penah tertinggal...sy,aween,ayu dgn aszeela..lame tak jumpe kan..pe lagi,masing2 keluarkan la kePOYOan nye...
well girls..mish yew all la..hope pas ni..korg tunang.jgn lupe ajak kakak mu ini ye..korang lupe..memg la kene sekeh.. :D to azreen..selamat bertunang...semoga cepat la langsung nye ye... :) tak yah tggu 2 taun :) lmbat sgt..silap2 akak yang kawen dulu...huhuu... Align Left

kawen jugak akhirnye...



Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan, ''Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.''

SELAMAT PENGANTIN BARU... SEMOGA KEKAL ABADI...

akhirnya..kawen jugak la abg sedara ku yang satu ni.setelah 7 tahun bercinta....hehhe...
alhamdulillah..skali lafaz je, sah la die MOHD FAEZ menjadi suami kepada FARAHYANTI :)




orang lain yang nak nikah..sy plak yang nervous..huhu..majlis nikah berlangsung pada 5 june, sanding plak esk nye.. 6 june... wedding ni adalah wedding 1st utk family kiteog slps makcik2 kiteorg semua dah kawen..pas ni..sape la eh.. SAYA??hhuhu...we'll wait and c (^_^)
lepas je nikah, kami semua menyerbu ke rumah pengantin perempuan..untukkkk makan2..hik..hik..hik.. :)

the next day...


ya..raja sehari nak bersiap2...memg kritikal dan agak melampau kerana lagaknye yang sehari je jadi raja membuat kan die jadi zalim sekejap..sampai kasut pun nak org pakaikan..ngeh~

abg sdara ku yang memg agak sempoi lagaknye...nmpak tenang je..huhu..



sy dah lah salah tema..semua pakai baju kuning..sy je merah..SESAT.. :) tapi tu tak penting pun kan..asal jgn tak pakai baju sudey :)
emm..ok..teruskan cerita kawen2 ni... :) nak cerita pe pun kan..yang pasti dorg dah selamat di ijab qabul kan...kan..kan.. :)



to abg faez n yanti... SELAMAT PENGANTIN BARU...semoga kalian bahagia sehingga ke syurga..nnti doakan sy ye... :)


p/s : bile la turn sy ye...

Monday, June 1, 2009

...selamat hari lahir...

well this entry should be posted on 29/5 but..i've no time.There's LOAD of work that need my consentration... :) to KAK FAEZ...camat hari lahir..yg ke ....???? huhu..brape eh kak..kite tak tau lerr.. :)

semoga kamu di lanjutkan usia..diberi kesihatan tubuh badan yang baik untuk buat amal ibadah, semoga ukhuwah ini diberkati dan diredhai..dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. :)

thanx to ustaz rozli and kak ida... celebrate beday kakak yg cumel ni..
....Dari opis PTI, we all girls (kak faez, kak ila, kak D n me...all single and available okeh :) huhu
going to Grand Blue Wave hotel..to celebrate kak faez birthday..

sampai kat sana, and we all going in.. u know what...1st thing yang surprise...siap banner tu..untuk beday girl.dah la warna pink..huhu..suke bangat la beday girl tu kan..ahaa.. :)
and then, ape lagi...makan time lerr.. rambang mata bile tgk macam2 ada tp perut ni bukan tempayan leh nak isi sume kan..tp my fav chicken lemon ada..besh tuu :)
ok laa..i f nak cerita all stuff yang di makan, baik tak payah la kan..dah mula la lapar ni..huhuu :P

best part..kek laa..tapiii.. perut dah penuh,tak tau mana space nak letak lagi..but at the end paksa jugak sbb dah di potong and kak faez letak plak kat dpn mata ku....(huhu..rosak program diet ku) lagu beday utk beday girl pun,siap staff hotel tlg nyanyikan..huuhuuu :D

waa kak faez...SUKA eh :)






ustaz rozli and kak ida


ape2 pun..thankx again to ustaz rozli n kak ida..and to kak faezah :) u are such a great sis :)
LOVE u :)