Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

ke'sawang'an

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang...

Salam mahabbah

...ya ALLAH...lama sungguh tak menjenguk Cherita HATI ku ini. Sungguh ana bukan mahu memberi alasan tapi sememangnya ana tak berkesempatan menitip bingkisan HATI pada dunia maya ni dek kerana kepenatan yang bersaing dengan badan dan masa ana. Heheee...well dah mula bekerja, dan baru mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling di office.. (jangan tanya kenapa office, kenapa bukan lab hospital ye) heh! ^_^

hehee...jika nak cerita kan segala pengalaman yang ditimba, memang ade lah dalam 10 ke 20 post for every month.. :D huu... tapi ape guna berjanji, andai tak ditepati...hihi.. jadi sememangnya ana tak mampu untuk menjanjikan apa-apa..."JUJUR"

~kisah picisan~

Perjalan 2 purnama yang lepas, walau tidak berabad, tapi yang pastinya terlalu banyak ranjau menghalang, onak mendepani jalan.. Sekalipun ana tak mahu melangkah tapi ia TETAP perlu ana teruskan...
Hakikat kehidupan dalam mengenali sikap manusia buat ana mula membina kematangan (eh baru nak matang ke ^_^) heheee....
Terlalu banyak yang ana dengar, bahawa matang ini adalah bergantung pada UMUR, kerana banyak nya umur itu menunjukkan banyaknya pengalaman, dan dari pengalaman lah, seseorang itu membina kematangan. Pastikah yang menjangkau usianya itu pemikiran nya matang??? Matang bukan bergantung pada 'figure' and in my opinion, it is JUST NUMBER!!!!


Menaip entry ni sebenarnya tanpa bekalan apa2 di kotak minda. Cuma mahu mengurangkan ke'rengsaan' tangan yang agak gatal-gatal untuk menaip..hihii... for a moment, QUIET is best for me... 


p/s : tulis ikut suka tangan :p



Tuesday, December 14, 2010

...orang lain yang TAK PANDU CERMAT...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

 Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih mampu menyedut partikel oksigen di bumi fana ini lagi. Hari ke hari meng'azam'kan hati untuk melewati blog ini, tapi~ hehehee..well, bace lah entry2 sblom ni ye..alasan sama. ^__^v

Ahad baru2 ni, ana sempat menghadiri kenduri khatan dan aqiqah anak2 buah ana. Al-kisah, pada hari kejadian, ana, ma, adik2 dan nenek menaiki kenderaan cumel NCJ itu ke kenduri tersebut. Perjalanan mengambil masa 1jam 15min [estimate je tuh, kalo ma tade, sejam je tu..hehhee] Disebabkan ma duduk disebelah ana [as a driver] pun kene memandu ikut kelajuan yg ma tetapkan. Agak2 dh naik 100km/j ma mula la high vol..hohoho ^__^ 
Nak taknak, bagi meredakan vol itu, ana pun memperlahankan kelajuan. Mungkin ma dah lebih 3 kali mengalami kemalangan, ma jadi fobia. Laju sikit je, ma dah mula takut..Yang anak dara dia ni pulak, bukan nye reti nak perlahan. hehehee... ok bukan nak cerita tu sebenarnye...!__! huhuu...
Otw ke tempat kejadian, tak pasti dimana, around jam 10.30 pg, sedang sedap memijak pedal minyak, kereta dari arah bertentangan panjang beratur nye, tiba2 satu kereta dari arah bertentangan memotong, jadi ana yang dari sblh sini apelah pulak keadaan nya? bayangkan!!! memang jika jalan tu cukup2 muat satu kereta, ana rasa ntah kemana ana n ahli2 dalam kereta tu. Ana plak yang kene mengelak, kalau tak kereta ana yang dilanggar nye.....huh! sungguh biadap pemandu itu!!! grrr!!! =_= memang berderau darah dibuatnye. Alhamdulillah ana tak menggelabah. 
Otw balik pulak, encik2 pembawa motor ni yang memanaskan hati dan kaki ana..aduhhh..
Menguji kesabaran sungguh!!! Depa boleh pulak jalan tengah2. Eh bukan ke motor2 ni kene jalan bahagian tepi? konpius ni??? anda menyebabkan saya dan orang lain yang perlu alert dengan anda..Dan anda sangat riang ria men'cilok' kiri kanan tanpa ade perasaan segan dan silu pada pengguna jalan raya yang lain. Segan dan silu tu bukan lah masalah sebab bukan ana tahu pun anda sape kan. Tapi ana pelik, anda semua takda perasaan takut ye? huh!!! Kerana anda lah, kami perlu berhati2. Len la kalo motor kalian ade perisai kat tepi2 tuh...safety la jugak. haishh... 
Depan mata ana sendiri, ketika jalan memang jammed dan kereta agak rapat dpn dan belakang, kadar pergerakan agak perlahan, kereta di hadapan memberi signal ke kiri, jadi kereta dibelakangnya, mengelak ke kanan, maka dengan itu datang lah pulak motor dari arah belakang yang bergerak ditengah2 tadi meluru, for sure jika dia tak break, dia akan melanggar belakang kereta tu. Dengan sedapnye jari dia hon kereta tu. Yang part best nye kan, pemandu motor itu, bergerak semula dan berselisih dgn kereta tersebut dan dengan hebat dan angkuhnya tanpa ada perasaan bersalah, memandang pemandu kereta ituuu!!!...
adoiii bang...ana rase nak keluar kereta dan datang pada dia, ketuk helmet dia..bolah tak macamtu??????? Ishhh...gerammmmmm!!!!!




 nota jari jemari : kalo motor kalian2 suma mcmni, xpa la jugak..huhu..[utk yg membawa motor, jgn marah ye..ini utk mereka yang tak berhemah..bukan anda ^__~ ] faham x cerita ni..hehehee..faham2 kan je la ye..lalalaaa~
 

Friday, November 12, 2010

...Mencari jiwa-jiwa...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ


Monolog Jiwa-jiwa

Wahai kekasih..aku datang mencariMU..
bukan kerana aku sedih atau berada dalam kegundahan..
tetapi ku tahu, hanya kau yang mengerti kekosongan ini..
hanya kau yang mampu memujuk jiwa luka ini..

Wahai kekasih, maafkan ku kerana selalu lupa kebaikan MU
sedangkan KAU tak pernah tinggal kan ku walau sesaat
tapi aku???
aku selalu tak setia denganMU..

Ana tak tahu apa yang membuatkan air mata ini tiba-tiba mengalir.Menaip dan memadam semula entry ini,  menjadi kan ana tak tahu apa yang perlu ana luahkan sebenarnya. Bukan nak minta simpati sesiapa atau publisiti murahan.
Kalau mampu dicatat kesalahan dulu, dan kealpaan yang sengaja, atau secara tidak sengaja, atau sebenarnya ketika melakukan nya, tahap iman ana berada di level kritikal.

Kini,ana menjauh dari arah yang dulu ana hanya di tepi jalan NYA. Alhamdulillah, kerana DIA lah yang menggerakkan nurani ini. Dan sedikit sebanyak dari sahabat2 dan mungkin juga effort ana barangkali (ia juga kehendak ILAHI)...
Berterima kasih untuk mereka yg sgt banyak memberi kata2 nasihat, semangat sehinggakan ana celik hati utk mengorak langkah, berhijrah ke jalan ini. Maaf ana masih anak2 yg bertatih. Jangan diberi segunung harapan everest pada ana, kerana masih cetek lagi ilmu di dada. Pohon doakan ana istiqamah..
Tidak apa2 andai ada yg membenci kerana ana sgt faham, kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Tapi kebencian itu adalah bahan2 kayuan untuk membakar lagi api semangat ana. Tidak salah ana mengungkapkan "Jutaan penghargaan" buat mereka yang memberi bahan bakar pada ana ^__^ hihii...

Coretan pendek ini hanya kata2 tidak bermakna bagi kalian, tapi beribu nilai bagi ana :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehee :] ana boleh mengemas rumah semula...masa dah time...hihii :D
all in all, ana lega dapat menaip... =.= 'boleh ke mcm tu???' lalalaaa~
till then...assalamualaikum~