Monday, October 3, 2011

Permulaan yang telah lama bermula ^_^

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Masih berbaki penat mengemas rumah. Sehinggakan demam dan sakit-sakit sendi dan urat. Alhamdulillah, menerima DEMAM dan SAKIT yang diberi sebagai satu kafarah pada ana. :) Rasa seronok sebab dah lama tak demam.
Alhamdulillah :) akhirnya masih dapat menge’post’ entry terbaru secara serius, setelah meninggalkan nya beberapa bulan.  Ini hanyalah kerana…….

TADAAAA :) 

CUTE LADYBUG DESIGN AITE ^_^

Makanya, dengan design baru, ana kene rajin.. wahhh!!..
Kenyataan hendaknya la kata-kata ini..
*tadah tgn sapa yang baca dan tolong amin kan ye*

Anda merasa terpaksa? Hihi :) asiff… Tapi ana tetap mahu sahabat/sahabiah semua amin kan ye.. Walaupun waktu yang bersaing dengan ana, antara kerja, persiapan DOT.DOT.DOT , dan keletihan badan.. ^_^

SERIUS!!! Bukan lawak ni.. ana perlukan TARBIYAH secara terus.. TARBIYAH HATI.. sebab serasa dah semakin berkudis ni. Tindakan pointing somebody else to be blame adalah sangat tidak PROFESSIONAL . Jadi, ana perlu lah muhasabah kan diri supaya boleh di selesaikan dengan cara baik.

Ana perasan sekarang ana sudah pandai
  •  Beri alasan untuk tidak membaca buku ilmiah
  • Banyak cakap dari banyak baca KALAM ALLAH
  •  Cepat marah
  • Banyak buat yang lagho dari buat perkara yang bersifat mahmudah
  • Kurang zikir sebab dah banyak cakap
  • Dsb.. (Okeyh..banyak lagi maknanya ya. Can’t be listed)
Jadi,semoga hati ini tidak semakin parah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
 
Bukhari dan Muslim

*YA ALLAH.. sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri =_=”

ok FULLSToP..  


3 comments:

Anonymous said...

Tambahi ilmu teman, InsyaALLAH..

BungaSahara said...

insyaALLAH.. :) jemput dtg lg..

Anonymous said...

InsyaALLAH dengan izinNYA. Buat post lagi yea..