Tuesday, December 14, 2010

...orang lain yang TAK PANDU CERMAT...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

 Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih mampu menyedut partikel oksigen di bumi fana ini lagi. Hari ke hari meng'azam'kan hati untuk melewati blog ini, tapi~ hehehee..well, bace lah entry2 sblom ni ye..alasan sama. ^__^v

Ahad baru2 ni, ana sempat menghadiri kenduri khatan dan aqiqah anak2 buah ana. Al-kisah, pada hari kejadian, ana, ma, adik2 dan nenek menaiki kenderaan cumel NCJ itu ke kenduri tersebut. Perjalanan mengambil masa 1jam 15min [estimate je tuh, kalo ma tade, sejam je tu..hehhee] Disebabkan ma duduk disebelah ana [as a driver] pun kene memandu ikut kelajuan yg ma tetapkan. Agak2 dh naik 100km/j ma mula la high vol..hohoho ^__^ 
Nak taknak, bagi meredakan vol itu, ana pun memperlahankan kelajuan. Mungkin ma dah lebih 3 kali mengalami kemalangan, ma jadi fobia. Laju sikit je, ma dah mula takut..Yang anak dara dia ni pulak, bukan nye reti nak perlahan. hehehee... ok bukan nak cerita tu sebenarnye...!__! huhuu...
Otw ke tempat kejadian, tak pasti dimana, around jam 10.30 pg, sedang sedap memijak pedal minyak, kereta dari arah bertentangan panjang beratur nye, tiba2 satu kereta dari arah bertentangan memotong, jadi ana yang dari sblh sini apelah pulak keadaan nya? bayangkan!!! memang jika jalan tu cukup2 muat satu kereta, ana rasa ntah kemana ana n ahli2 dalam kereta tu. Ana plak yang kene mengelak, kalau tak kereta ana yang dilanggar nye.....huh! sungguh biadap pemandu itu!!! grrr!!! =_= memang berderau darah dibuatnye. Alhamdulillah ana tak menggelabah. 
Otw balik pulak, encik2 pembawa motor ni yang memanaskan hati dan kaki ana..aduhhh..
Menguji kesabaran sungguh!!! Depa boleh pulak jalan tengah2. Eh bukan ke motor2 ni kene jalan bahagian tepi? konpius ni??? anda menyebabkan saya dan orang lain yang perlu alert dengan anda..Dan anda sangat riang ria men'cilok' kiri kanan tanpa ade perasaan segan dan silu pada pengguna jalan raya yang lain. Segan dan silu tu bukan lah masalah sebab bukan ana tahu pun anda sape kan. Tapi ana pelik, anda semua takda perasaan takut ye? huh!!! Kerana anda lah, kami perlu berhati2. Len la kalo motor kalian ade perisai kat tepi2 tuh...safety la jugak. haishh... 
Depan mata ana sendiri, ketika jalan memang jammed dan kereta agak rapat dpn dan belakang, kadar pergerakan agak perlahan, kereta di hadapan memberi signal ke kiri, jadi kereta dibelakangnya, mengelak ke kanan, maka dengan itu datang lah pulak motor dari arah belakang yang bergerak ditengah2 tadi meluru, for sure jika dia tak break, dia akan melanggar belakang kereta tu. Dengan sedapnye jari dia hon kereta tu. Yang part best nye kan, pemandu motor itu, bergerak semula dan berselisih dgn kereta tersebut dan dengan hebat dan angkuhnya tanpa ada perasaan bersalah, memandang pemandu kereta ituuu!!!...
adoiii bang...ana rase nak keluar kereta dan datang pada dia, ketuk helmet dia..bolah tak macamtu??????? Ishhh...gerammmmmm!!!!!




 nota jari jemari : kalo motor kalian2 suma mcmni, xpa la jugak..huhu..[utk yg membawa motor, jgn marah ye..ini utk mereka yang tak berhemah..bukan anda ^__~ ] faham x cerita ni..hehehee..faham2 kan je la ye..lalalaaa~