Wednesday, January 26, 2011

...oh abi, abah, ayah, papa, babah, abuya,..maafkan anak mu...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Seorang ibu/ayah mampu menjaga 10 orang anak2nya, tapi 10 orang anak2 tak mungkin mampu menjaga seorang ibu/ayah...

Selalu kita dengar ungkapan ini, biarpun masih ada yang menafikan nya, hakikat nya ia tetap dan masih berlaku. Untuk kes-kes yang ada di siarkan di media, dan yang tidak disiarkan juga sudah tentu banyak. Kalau tidak, masakan masih ada lagi tempat2 yang dinamakan "Rumah orang-orang tua" dan rumah apa ntah lagi yang dijadi kan rumah penginapan sementara kepada mereka yang masih lagi bernyawa yang bergelar "warga emas" ini...
Terfikir bagaimana tergamak nya hati manusia yang sanggup menghantar ibu atau ayahnya di rumah 'itu'. Sedangkan itu lah insan yang telah membawa mereka kedunia, mereka lah insan yang memberi tanpa mahu meminta balasan. Tapi hati siapakah itu yang sangup membuang mereka?

26 December 2010
Ma ambil atuk, katanya atuk nak tinggal di rumah ana. Ma kata, sementara ana belum bekerja ni, boleh jaga atuk. Atuk ana yang sudah berumur 83, hanya terbaring, kudrat nya untuk berjalan telah berkurang akibat terjatuh semasa mahu ke bilik air. Kaki atuk sebelah panjang sebelah pendek. Ingatan juga sudah mula banyak yang hilang. Nama ana digunakan untuk memanggil ana dan adik ana yang perempuan. Mungkin atuk tengok muka ana dan adik sama :)
Atuk tak banyak karenah, waktu nya hanya di isi dengan tidur, dan terkadang ana terdengar potongan ayat2 al-quran. Terkadang jelas dan tidak. Lauk makan tengah hari dan malam nya, mahukan ikan sungai. Biasalah, orang kampung, itulah selera mereka. :)
Itu lah hakikatnya, mungkin itu bahagian untuk atuk. Selepas kehilangn nenek, mungkin semangatnya separuh hilang.... Emm.. ana sangat tersentuh bila abah mandikan atuk, mengalir air mata atuk. Ana tak pasti apa perasaan atuk ketika itu, tapi mungkin sedih atau terharu kerana menantu nya sanggup memandikan nya... Bila baring, ana kadang2 nampak atuk mengesat air mata, mahu bertanya tapi ana segan. Mungkin terkenang sesuatu..
Semalam bila ma beri tahu atuk, ana akan mula bekerja, nampak sayu di wajahnya. Katanya, nanti abah tinggal sorang lah ye. T_T  ana yang jadi sayu tibe2.

Sebenarnya bila tengok atuk, ana terbayang abah... :(
Biarpun abah sehat dan masih bekerja membanting tulang empat kerat untuk kami sekeluarga, tapi ana risaukan kesihatan abah....

emm.. maaf ana tak dapat teruskan en3 ni..mata sudah kabur dipenuhi air hujan..huhuu T_T





p/s : abah..along sayang abah...

3 comments:

mis diyana said...

mun mata aku pun nak hujan ni...huhu..aku tak bole la..bab2..family..hubungan ibu dan bapa terutamanya..amat sensitive...walaupun drama semata...bia la crita cinta legenda budak setan tuh romantik camne pun aku tak penah terkeluar ayaq mata pasal romantika di tasik madu tuh..kah3...well...tabahkan hati ko..ko dah bekerja ni pun abah ko dah happy dah..bile jauh kite leh iringi org tuh ngn doa kite..kan..(kau rase ko ade nasihatkan aku)..nevermind..ade hikmah tuh...elok2 kerja...huhu...sabah tabah,usaha,takwa,mulia,,,hehehe,,,tetibe kua uitm punye plak...hahhhaha

نور توفيقا said...

kak Munie.. Takmo nangis..

*Nah, handkerchief*

The closeness of family is beyond what is linked through blood running in the veins..

Best wishes for atuk akak, family akak, and akak yang dah start kerja.

=)

Bijen M. said...

Akan sampai nanti giliran kita berada di tempat mereka.
Jika hari ini kita buat mereka sambil lewa, tentu suatu hari nanti kita akan menerima nasib yang sama.
:|