Sunday, October 31, 2010

...Pilihan Saya : Senyap...

 ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Usai solat, saya duduk sebentar berteleku di tikar sejadah. Memikirkan, apakah yang perlu di ubah dan diperbaiki dalam diri. Scan punye scan dalam partition MINDA hehee..ada satu checklist yang panjang berjela-jela gamaknya [walaupun tak nampak dengan mata zahir] tidak ber'update' dan sudah lama dibiar dalam ruang KIV [tak sepatutnya letak dalam ruang tu..hohooo..itu lah dia saya, actually bukan KIV, cuma alasan membasi...LUPA!!! atau mungkin lebih sesuai saya katakan LEKA DAN ALPA!!!

*silent mode*

MULUT...anugerah ALLAH pada manusia, dengan nikmat berkata-kata/bercakap, sudah seharusnya kita perlu bersyukur pada DIA kerana walaupun semua manusia ada mulut, tapi bukan semua nya boleh bersuara. Terkadang melihat ada mereka yang tidak mampu berkata-kata, dalam erti mudah memahaminya, mereka BISU, itu pun sudah cukup menyentuh hati. 
Saya cuba mencari cari fakta, purata kita berbicara setiap hari. Saya tiada sumber kukuh dari mana fakta ni ye ^__^ hehee..tapi sekadar untuk pengtahuan dan kesedaran, tak salah mungkin. 
 Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

N one more thing, yang sahabat2 perlu tahu ye..
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
Huhuhuuu...waa kene pakai payung ni bile bersembang kan. kalau boleh, sediakan juga payung untuk sahabat yang kita sama-sama berbual tu. Protection bersama. :p hihiii
Well, bila sudah membaca fakta ni, dan diperkukuhkan lagi dengan hakikat kehidupan seharian yang saya dan kita semua lalui, membuatkan saya rasa, DIAM itu lebih BAIK.

Berbicara sepanjang masa, dan berhenti ketika tidur. Ada sahaja yang macamtu. Saya begitu? Mungkin??? Kalian? Mahu memilih yang bagaimana? Berbicara 24 jam sampai bateri mulut lemah, atau berbicara bila perlu, atau diam......dan hanya berbicara bila di tanya, tu pun sepatah tanya, separuh patah jawabnye hihii..ada ke???? :] Terpulang lah pada empunya diri. Mahu yang bagaimana. Jika berbicara yang baik-baik sahaja, sudah pasti mendapat ganjaran dari ALLAH, rakan taulan menyayangi, dan sudah tentunya sahabat-sahabat pasti suka hendak berbicara dengan kita.Tetapi jika butir bicara hanya menyematkan duri kesumat dijiwa yang mendengar nya, rasa nya ada tak yang suka nak bersembang selalu?

Jika lidah yang di kurniakan tidak mampu melahirkan kata-kata berhikmah, apalah guna berbicara tanpa telus dan hemah
Sia-sia saja berbicara 
andai hanya mahu menambah sepah dan nanah 
pada jiwa-jiwa yang meruntun wacana indah.

Para hukama ada bermadah
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecrdikan itu buah fikiran. Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
Sila pilih mahu jadi yang mana ye. Dan yang pastinya, diam ini banyak hikmahnya. 
1. Ia adalah ibadah tanpa bersusah payah
2. Kehebatan tanpa kerajaan
3. Perhiasan tanpa berhias
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Urghh... *beristighfar sendiri, walaupun sendiri yang menaip* Ya ALLAH...rasa melambak dosa kerana kata-kata. Rasa mahu diam sepanjang hari, dan hanya berbicara pada keperluan sahaja. Boleh ke saya???
Antara hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam ialah :
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan baragsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
Manakala hadis kedua pula yang bermaksud :
"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" (RIwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" (Riwayat At-Tirmizi)
Adalah lebih aula untuk kita diam jika tidak tiada apa yang perlu dibicarakan [peringatan untuk diri saya sendiri] Kerana manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM.
Tetapi untuk sahabat yang ingin melakukan anjakan paradigma dengan membuat perubahan : DIAM dan hanya senyum. Berbicara hanya perlu sahaja. Saya amat yakin, ianya akan memberi satu kejutan yang hebat pada sahabat-sahabat anda yang lain..Hohohooo!!! Saya rasa tentu akan ada suara sumbangseh yang menerjah gegendang telinga kalian. Ahhh...biarkan ye, mereka tu sebenarnya 'jealous'...hihiii. Yang penting, jika itu azam yang telah di pateri dalam hati, pastikan kita pateri dengan baik. InsyaALLAh, untuk nak melakukan kebaikan, pasti ALLAH akan permudahkannya. Yang penting, jangan berhenti berdoa, berikhtiar sehabis cara, dan pengakhirannya, berserah pada yang ESA...


p/s : pernah usaha berubah untuk jadi diam. tapi sahabat tanya, kenapa? sakit ke? tak sihat ke? huhu...adoyaii...mana kan tidak, pelik tengok orang banyak cakap jadi senyap beribu kata. Tapi yang pasti, bila kita berazam mahu berubah, ujian sudah sedia menanti untuk melihat sejauh mana tahap kesungguhan kita mahu berubah... hohohohoo ^__~


Wednesday, October 20, 2010

...salahkah begini...

Assalamua’laikum…

pembuka kalimah bicara. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Alhamdulillah, masih diberi nikmat dan kesempatan untuk menghirup molekul-molekul O2 yang Allah kurniakan ^__^ [tetibe saintifik plak harini O2 = Oksigen : utk yg tidak mengetahuinye..ada ke yg tak tau?? ]
Dari hari ke hari mencari-cari… Cari ape? Hehee.. Cari ilham, memohon pada ALLAH moga diberi idea-idea untuk menyusun huruf A-Z menjadi kata-kata supaya boleh menjadi entry pada blog saya yang semakin bersawang ni ^__~ hihihiii….Saya bukan lah seorang blogger yang aktif. Nak kata separa aktif pun tak sesuai. Saya tak mampu seaktif sahabat2 lain, yang setiap bulan ada 5-6 post. hehee..cemburu melanda bila tengok ada post baru pada blog mereka. Tapi apa boleh buat, saya tak sehebat mereka. Idea saya selalu terbantut..ahakss :p [alasan]

Hati terasa ingin berkongsi sedikit... Kisah sedih taman hati...
Pernah suatu ketika, saya disoal oleh seorang sahabat, "kenapa berubah dan memilih cara dan gaya begini?" ada jugak yang kata, "ish..tak panas ke pakai tudung labuh2 ni?, saya pulak yang rimas tgk awak"..huhuuu ^__^  ada jugak yang cakap, " Alaa..ni berubah sebab berkawan dengan dia tu je, kalau tak, mesti biasa je" huhuu...indahnya kata-kata...sungguh murah hati mereka2 memberi saya pahala :)
Tak mengapa, saya biarkan mereka berbicara, kerana yang hanya mengetahuinya, cuma saya seorang je ^__~

Persoalan di kotak minda saya yang tiba2 rasa penuh ni,
SALAHKAH?? saya berubah memilih cara dan gaya begini?
SALAHKAH?? saya pakai tudung labuh begini?
SALAHKAH?? saya berkawan dengan dia dan dia itu, dan saya berubah?
SALAHKAH SAYA BERTAUBAT DAN BERUBAH????

Eh..emo ke?

Tak lah :) saya cuma tertanya2... Berdosakah saya membawa haluan dan meninggalkan susur jalan yang pernah saya jejak dahulu? Migrasi saya terbang dari danau yang berhutan belukar kan kealpaan, bersemak dan berdebu keegoaan...[huh!..sejak bile bersastra ni???]

Terbaca ayat ini ketika hati sangat memerlukan tarbiyah.. Allah s.w.t berfirman maksudnya :
"Dan berbuat baik lah kerana sesunggunya ALLAH menyukai (menyintai) orang yang berbuar baik" (Surah Al-Baqarah : 195) Boleh tak saya bacakan pada mereka ayat tersebut, moga2 mereka faham.
Sungguh jelas, bahawa ALLAH kasih kan orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan cuba sedaya upaya melakukan kebaikan kerana di minda nya, dia
sedar, hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.
Bukan hanya ALLAH yang menyukai hamba2NYA berbuat kebaikan, malah kita sesama manusia juga sukakan mereka yang berkelakuan baik :)
[walaupun saya tahu saya tidak sebaik itu tapi saya cuba untuk belajar menjadi baik]

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman (bermaksud) :
"Aku cintakan 3 jenis manusia, tetapi aku jauh lebih cinta kepada 3 jenis manusia lainnya, iaitu:
"Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi ORANG MUDA yang BERTAUBAT"

[Monolog hati] Emmm..ORANG MUDA yang BERTAUBAT. Jadi diri ini perlu bertaubat dan berubah, jika diri ini nak dicintai ALLAH. Kalau nak kata belum terbuka pintu hati, semacam je bunyi nye. Dah sah2 lah tak terbuka pintu hati kalau hati pun bukan ingat ALLAH. Macam mana ALLAH nak bagi HIDAYAH, sedangkan diri ini tak pernah berdoa meminta HIDAYAH dari NYA.
[Monolog kawan] Takpelah, biar la puas enjoy dulu, esok lusa, bertaubat la, muda lagi laa. Lagipun nanti bile dah berubah, kita dah tak boleh buat macam orang lain buat. Lagipun nak berubah ni tak boleh paksa2 la, nanti bukan ikhlas pun. Kita bukan jahat mana pun. Apa ingat dia orang yang baik tu, yang pakai tutup2 tu, baik sangat ke, Kita ni lagi baik dari dia orang tau. Tak payah lah dia orang tu nak tegur2 macam mana pakaian dan cara kita bergaya ni. Kita bukan kacau dia pun. Rileks arr!!!

**sepi**



Sesungguhnya ALLAH membuka peluang seluas2nya kepada hamba-NYA untuk bertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit dari sebelah barat (kiamat) atau sebelum nyawa sampai pada kerongkong, di mana pada ketika dan saat itu, tertutup lah pintu taubat untuk kita. Bila diri bertaubat, titik-titik hitam mula padam di hati, sekaligus membuatkan kita rasa ingin lebih dekat pada Maha Pencipta. Ketika itu lah, baru kita akan sedar segala tindakan kita dahulu adalah salah. Tapi masih ada juga di antara kita yang tidak insaf dan sedar, di mana apabila usia sudah tua baru datang kesedaran untuk bertaubat, sedangkan usia mudanya dihabiskan dengan perkara dosa dan melalaikan. Masih juga tiada kesedaran kerana dia tidak sedar yang dia bernasib baik kerana ALLAH memberi kesempatan bertaubat sebelum datangnya maut.
Kerana itu lah ALLAH lebih menyintai orang muda yang betaubat kerana sejak usia muda nya, dia sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran untuk menjadi orang soleh serta dekat dengan ALLAH.
ALLAH Maha Bijaksana mendidik hamba-NYA yang berusia muda agar bertaubat, dan tidak menunggu sehingga ke usia tua. ^__~  Lagipun sudah pasti tidak tahu kan bila kah tarikh ajal kita. Usia muda yang saya dan kita semua sedang alami ini, bukan lah satu cop yang diakui sirim bahawa ia menjamin kelangsungan hidup hingga tua. Anytimeeee. ALLAH bolah menjemput yang muda, apa lagi yang yang tua yang sudah tentu pengakhirannya maut.
Jadi jika ada yang masih ingin bertanya kenapa dan mengapa saya memilih cara ini. Harap ada sedikit cahaya dan pembuka ruang untuk kalian2 yang bertanya mendapatkan jawapan nya. Jangan terlalu cepat menghukum dan membuat 'judgment' anda sendiri. Moga ianya akan membuka hati dan minda kalian biarpun sebesar zarah. Yang pasti, ada yang lebih hebat ujian nya dari saya yang sekadar ibarat anak kecil yang masih bertatih ini.

[p/s ; tidak ku nafi, terkadang layu jua semangat dari membenteng hati..aku jua lemah, tak mampu hindari fitrah insani]

Thursday, October 14, 2010

...wahai qalbi, jangan alpa


Ya Ilahi...
Berilah tarbiah MU
berikan kesakitan dunia
agar daku sentiasa 
berada di kolam iman
menyelam dasar kemanisan
kerana ku sedar...
bila terlalu di ulit keindahan
jiwa ku mula bersalut debu keduniaan

berikan busar sakti pada imanku
agar mampu memanah kelibat pendusta
supaya tetap teguh pada tiang kebenaran


~mencari kekuatan~

Wednesday, October 6, 2010

...Hijab wanita islam...

Assalamualaikum...

segala puji bagi ALLAH yang memberikan rahmat kasih dan sayang pada sekelian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah..
masih diberi nikmat menghirup nafas di bumi ALLAH ini =)
sebulan tak men'update' blog ni...seperti sedia maklum, alasan yang sama..huhuu..idea terbang ntah kemana.. Puas memaksa tp tak berhasil.. =)
smemangnya mungkin sy ni kurang idea dalam penulisan tapi agak perasan untuk mempunyai blog sendiri, jadi ini lah hasilnye..hehee... blog yang tak ber'update'

Hati terdetik nak share dgn sahabat2 tentang artikel yang sy baca ni. sy lupa dari mana sy baca, =)

semoga ianya memberi input yang sgt2 berguna utk kite semua...


Hijab bererti tabir , tirai atau dinding dan digunakan juga dengan erti kata perselindungan wanita di dalam Islam daripada pandangan lelaki ajnabi.
Rasululullah SAW menyatakan bahawa wanita ialah aurat yang mesti diselindungkan.

Firman Allah SWT : “ katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah mereka menahan( sebahagian ) daripada pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat .”
( surah An-Nur ayat 30)

Firman Allah yang menerangkan akan batas-batas aurat wanita ialah : ( surah An-Nur ayat 31)


Hijab: Aurat meliputi gaya suara dan jalan wanita

TERMASUK dalam erti hijab bagi wanita ialah menjaga gaya tutur kata dan pertuturannya.
Ia hendaklah tidak dalam gaya atau mempunyai unsur yang boleh menarik perhatian lelaki secara sengaja atau tidak sengaja, seperti gaya pertuturan yang dimanja-manja atau penggunaan perkataan yang memberahikan. 
Firman Allah taala yang bermaksud:
"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk terhadap kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). "(Surah Al-Ahzab: 32)

Sebahagian ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa suara wanita adalah aurat juga. Namun semua bersetuju, walaupun di kalangan pihak yang berpendapat suara bukan aurat bagi wanita, bahawa wanita tidak boleh bertutur dengan gaya yang boleh menimbulkan tarikan lelaki terhadapnya.

*Terdapat juga persoalan mengenai bolehkah wanita berdakwah melalui nasyid...?
Jawapannya boleh rujuk di sini:

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=495&Itemid=72

*Gaya jalan

Termasuk dalam hijab ialah gaya jalan seorang wanita. Ini berdasarkan pada firman Allah taala yang bermaksud:
... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah An-Nur: 31)

Ayat ini mengharamkan wanita memakai pergelangan kaki yang berloceng sehingga apabila ia berjalan loceng itu berbunyi dan menarik perhatian seorang lelaki kerana ayat ini diturunkan merujuk kepada perbuatan wanita jahiliah yang sedemikian. Berdasarkan ayat ini juga, wanita dilarang memakai pergelangan tangan yang mengeluarkan bunyi loceng yang menarik perhatian dan larangan wanita dari melenggok-lenggokkan tubuh badannya sehingga menarik perhatian lelaki. Lantaran kurang kefahaman, amalan memakai alat perhiasan berloceng ini didapati juga di kalangan wanita yang memakai hijab pakaian.

*Berkhalwat
Berkhalwat bermaksud berdua-duaan di tempat yang terasing dengan lelaki yang bukan mahram. Larangan ini wujud dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita tanpa bersamanya mahram kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan." (Riwayat Ahmad)

*Bersentuh kulit
Termasuk dalam hijab wanita ialah menjaga aspek ini kerana hadis berikut yang bermaksud:
"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)
Ini adalah pandangan yang lebih kuat yang menjadi pegangan majoriti ulama kecuali mazhab Maliki. Ini juga aspek hijab yang masih diabaikan oleh kebanyakan wanita.

*Tunduk pandangan
Bagi memenuhi tuntutan hijab, Islam juga memerintahkan wanita menundukkan pandangannya dari melihat lelaki. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka. (Surah An-Nur: 31)
Menunduk pandangan bukan hanya perintah ke atas orang lelaki dari melihat wanita. Walaupun seorang lelaki berpakaian menutup aurat, namun ia tidak bermakna boleh seorang wanita melihatnya tanpa tujuan yang dibenarkan begitu juga lelaki.

*Bersolek dan menghias diri
Hijab juga meliputi aspek bersolek dan menghias diri. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu ... (Surah Al-Ahzab: 33)
Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami.
Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki.
Demikianlah luasnya tuntutan hijab ke atas wanita yang melampaui aspek pakaian dan tudung semata-mata. Seharusnyalah wanita-wanita Islam memahaminya dan berusaha untuk melaksanakannya. Batas-batas ini bukanlah satu kongkongan tetapi ia mengandungi hikmah dan kebaikan yang ditetapkan oleh Allah taala Yang Maha Bijaksana.


" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"

p/s : renungan dan ingatan buat diri ni yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan... :(