Monday, October 17, 2011

lebih BAIK untuk DIAM

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ

Dari pembacaan ana, walau tidak banyak tapi mungkin boleh dikongsi sedikit buat santapan hati ^_^ 
(as a reminder for me also)

Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat sifat tidak terdapat kecuali pada orang mukmin iaitu:

  • Diam dan ini ibadat yang pertama
  • Tawadhuk
  • Dzikrullah atau berzikir
  • Tidak berbuat kejahatan (mengurangi kejahatan)

Abu Hurairah r.a. berkata 
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebaiknya Islam seorang itu jika dapat meninggalkan apa-apa yang bukan kepentingannya."


Seorang cendikiawan (Haliem) berkata: "Enam macam menunjukkan kebodohan iaitu:


  • Marah tidak pada tempatnya, seperti marah pada seseorang, binatang atau lain-lainnya
  • Bicara yang tidak berguna kerana itu seharusnya seorang yang berakal tidak bicara kecuali jika penting dan berguna
  • Pemberian yang tidak pada tempatnya seperti memboros harta atau memberi kepada orang yang tidak akan berguna baginya
  • Membuka rahsia pada semua orang
  • Tidak membezakan antara kawan dengan lawan kerana itu harus mengetahui siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk ditaati dan musuh untuk diawasi dan musuh yang utama ialah syaitan laknatullah, yang benar-benar harus dijauhinya.

Al Auza'i berkata: "Orang mukmin itu sedikit bicaranya dan banyak bekerja dan orang munafiq itu banyak berbicara dan sedikit kerja (amal)."

All in all, dari apa yang ana lampirkan disini, i'm moving forward to be Orang mukmin itu sedikit bicaranya dan banyak bekerja  ^__^ doakan ana ye!!

saya yang comel =p

1 comments:

Anonymous said...

akk... saya yang cumelll lah...
=).... jom same2 kurang kan cakap...
mudah2an saya akan berubah dan menjadi baik (x nakal lg la kot)...
n akk akan bertambah2 kurang ckp....



~nOmOt~