Mungkin RASA HATI yang dulu..
Aku duduk merenung sedalam-dalam nya rentetan kisah cinta ku. Setiap nya ada kisah dan memori yang masih aku semat dalam ingatan. Tiap cinta yang datang dalam hidup ku membawa pelbagai erti dan sesuatu yang amat berharga. Aku merenung semula potret memori yang membuka hati ku untuk menerima kiasan kasih darinya. Prawacana nya aku tatap dan aku fahami satu persatu. Tanpa tidak aku sedar, hatiku telah di semai rasa kasih yang mula meresap jauh di dalam sanubari. Aku tak mahu leka dengan untaian rasa kasih ini tapi aku juga masih tak mampu untuk sirna kan sayang yang telah berakar di hati. Aku juga hambaNya yang biasa. Tak mampu mengingkari hukum alam di semesta ini. Kau datang membuka lembaran baru untuk aku mengayam impian dan harapan bersamamu. Kehadiran mu, menyedarkan aku yang tak semestinya, aku, kau, kita akan menyatu dalam lindungan kasih Nya walaupun kita melayari rasa cinta bertahun lamanya. Kau menuntunku pada daerah yang penuh rasa kasih dan pengertian. Dunia cinta penuh dengan bunga berkembang dan bintang bersinaran di bawah cahaya bulan. Dan tidak mustahil bunga akan layu, tiada bintang berkelip untuk menemani bulan yang bersinar keseorangan. Bila bayang-bayang kasih mula kabur, kita bersama mencari kenangan yang mampu menghidupkan semula api cinta kita. Aku tak pernah merasa yang cinta ini akan hilang walau kau dan aku kebekuan rasa sayang. Kerana aku belajar erti pasrah ketentuan nya pada cinta kita nanti bagaimana.
0 comments:
Post a Comment