Wednesday, September 1, 2010

...nikmat pemberian ALLAH : sAhAbAtKu...

Assalamualaikum

segala puji bagi ALLAH, selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..


Buat seorang insan

syukur pada yang ESA, rahmat pemberianNYA, [persaudaraan + persahabatan]

Perjalanan kita melangkah bersama, bermula ketika daku bertemu mu di pintu sebuah kehidupan..

Sungguh daku melihatmu, dan hati menduga yang kita sebaya. Ohh, tidak rupanya. Kita ditakdirkan sebagai adik dan kakak. Dirimu yang pada mulanya agak pendiam tidak langsung merunsingkan daku.

Mula melangkah ke alam perjuangan mencari ilmu-ilmu ALLAH, kita mula beriring bersama membina impian. Tak pernah kau tinggal kan daku di belakang atau terjatuh. Berbibit lah ukhuwah kita dalam ketidak sedaran qalbu. Sayang mula membenih, kasih mula bertunas padamu.

Masih adakah pada memorimu? Kata-kata ku… “ukhuwah ini pasti di uji” Ianya bukan doa tapi itu lah hakikat nya. ALLAH pasti menguji ukhuwah ini, untuk melihat keteguhan dan keikhlasan jiwa-jiwa yang mengaku segalanya hanya kerana DIA.

Bermula semilir angin membahang panas, meniup bumbung ukhuwah yang sedang terbina. Mengintai hati yang mana perlu di bakar, dan dicairkan agar tidak bersatu aliran kasih antara dua jiwa yang bersatu kerana ALLAH…[sungguh iblis itu mahu menyesatkan anak cucu Nabi Adam]

Ada juga hati yang tak mahu melihat keakraban jalinan ini, tapi entah apa kekuatan hati yang datang, daku tetap mengorak langkah mencari setitip pengertian darimu agar kita tidak jauh terpisah. Kerana aku tak mampu menipu diriku, benar kasih ku terlalu dalam untuk mu. Entah dari mana ia datang tapi ku pasti, Rabbul Izzati yang menyuburkan halaman kasih ini.

Mehnah yang diuji lebih mengharumkan laman hati. Semakin kuat erat hubungn ini. Walaupun diriku dan dirimu jauh, Alhamdulillah… Hati kita tak pernah.

Sehingga detik menggapai mercu bintang, kita masih berdua. Mendakap erat tali ukhuwah ini, biarpun terkadang masa bersua jasad. Kau tetap setia disisi walaupun mereka yang sepatutnya ada tidak meraikan nya untukku.

Kini, kita masih setia di jambatan kasih kerana Ilahi ini, lantaran waktu dan jarak yang membezakan kejauhan, ia tidak pernah memudarkan semarak hati. Terlalu jiwa ini menyedari, dirimu hanyalah pinjaman untukku, rasa kasih ini hanya limpahan rahmat yang tak terperi nikmat NYA untuk ku hirup. Syukur Ya ALLAH…

Tak terungkap dengan bait puisi indah jika mahu kugambarkan dirimu yang terlalu membawa erti bagiku. Biarlah hanya kuntuman doa kepadaNYA menjadi wadah saksi kesungguhan dan keikhlasan jiwaku menyayangi mu..TERIMA KASIH untuk segalanya dan yang akan datang


dan TERIMA KASIH padaMU ya ALLAH, menganugerahkan daku seorang insan yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan diwaktu ku rebah atau berdiri gah.

SAHABATKU…Air mata yang menangis segalanya kerana ALLAH akan menjadi bukti di negeri abadi nanti…semoga kita bersama di syurga hakiki…

p / s : merindukan dirinya...