Tuesday, November 30, 2010

...Munajatku..

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan 

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untuk-Mu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Ujian kepahitan
Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui Maghfirah-Mu
Mardhiah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada Qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan
Pengharapan

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

nota kaki dihujung jari : ana dahagakan tarbiah, ana dahagakan kata-kata peransang buat melentur hati yang terkadang buta dan tuli.. ana dhaif, ana khilaf... YA ALLAH...

..aku tak mahu hati ini koma, dan mati dalam kejahilan..

Friday, November 12, 2010

...Mencari jiwa-jiwa...

ﺒﺳﻢ ﷲ ﺍﻠﺮﺣﻣﻦ ﺍﻠﺮﺣﻴﻢ


Monolog Jiwa-jiwa

Wahai kekasih..aku datang mencariMU..
bukan kerana aku sedih atau berada dalam kegundahan..
tetapi ku tahu, hanya kau yang mengerti kekosongan ini..
hanya kau yang mampu memujuk jiwa luka ini..

Wahai kekasih, maafkan ku kerana selalu lupa kebaikan MU
sedangkan KAU tak pernah tinggal kan ku walau sesaat
tapi aku???
aku selalu tak setia denganMU..

Ana tak tahu apa yang membuatkan air mata ini tiba-tiba mengalir.Menaip dan memadam semula entry ini,  menjadi kan ana tak tahu apa yang perlu ana luahkan sebenarnya. Bukan nak minta simpati sesiapa atau publisiti murahan.
Kalau mampu dicatat kesalahan dulu, dan kealpaan yang sengaja, atau secara tidak sengaja, atau sebenarnya ketika melakukan nya, tahap iman ana berada di level kritikal.

Kini,ana menjauh dari arah yang dulu ana hanya di tepi jalan NYA. Alhamdulillah, kerana DIA lah yang menggerakkan nurani ini. Dan sedikit sebanyak dari sahabat2 dan mungkin juga effort ana barangkali (ia juga kehendak ILAHI)...
Berterima kasih untuk mereka yg sgt banyak memberi kata2 nasihat, semangat sehinggakan ana celik hati utk mengorak langkah, berhijrah ke jalan ini. Maaf ana masih anak2 yg bertatih. Jangan diberi segunung harapan everest pada ana, kerana masih cetek lagi ilmu di dada. Pohon doakan ana istiqamah..
Tidak apa2 andai ada yg membenci kerana ana sgt faham, kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Tapi kebencian itu adalah bahan2 kayuan untuk membakar lagi api semangat ana. Tidak salah ana mengungkapkan "Jutaan penghargaan" buat mereka yang memberi bahan bakar pada ana ^__^ hihii...

Coretan pendek ini hanya kata2 tidak bermakna bagi kalian, tapi beribu nilai bagi ana :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hehee :] ana boleh mengemas rumah semula...masa dah time...hihii :D
all in all, ana lega dapat menaip... =.= 'boleh ke mcm tu???' lalalaaa~
till then...assalamualaikum~