Thursday, December 3, 2009

...mulanya pembelajaran sebenar...

assalamualaikum...

alhamdulillah..dengan izin dan kurniaNya, 16 Nov 2009, bermula lah pembelajaran praktikal ku di Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Negeri Sembilan. Hati ni memang berdebar sebabnye untuk sesi praktikal kali ni, diri ni seorang je, THE ONE AND ONLY...huhu..kecut perut dibuatnya.

Kugagahkan jua..dan seketika teringat hadis ini
Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam
keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat
Muslim


walaupun mungkin ada yang rasa ianya seperti takda kene mengena, tapi bagiku..sangat bermakna...kerana aku adalah orang asing yang akan pergi ke suatu tempat yang asing, yang aku tidak kenali siapakah isi orang nya..huhuuh..dan hati ni rasa teruja bila membaca, Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu...huhuh..insyaALLAH..

Macam nak pergi temuduga kerja plak..tapi ape pun, perlu digagahkan juga kaki ni..
Seperti pagi-pagi yang biasa, pagi 16Nov tu, bukan pagi yang biasa sebenarnya..hehhe....
Seperti yang telah diarahkan, saya perlu melaporkan diri di jabatan patologi pada En.Sulaiman..
Proses melapor diri tak lah seteruk yang kusangka..Alhamdulillah..ALLAH mudahkan urusanku...semuanya berjalan lancar walaupun hakikatnya hati ni memang gugup segugupnya...
Mana tidak nya, sorang-sorang, semuanya kene bertanya...Tapi tu lah membuatkan saya mula kenal dengan kakitangan Jabatan Ptologi tersebut..

Seusai melapor diri..setelah siap segala urusan, diberi jadual, dimana bermula dengan lab hemato dan klinikal, seterusnya, blood bank, mikrob lab, biochem lab, parasit klinikal, akhir skali histopat lab.

semoga perjalan ini, kembara dalam menagih ilmu yang dicipta ALLAH ini diberkati, diredhai..
doakan daku sahabat...

0 comments: