Wednesday, May 27, 2009

Aku dan kertas exam


NOW i know... camna perasaan tanda kertas exam..ahaaa :)

baru tanda kertas exam budak tahun 1 dan 2 tapi tak la tension sangat tapi boleh la..hehehee

mula menanda dengan skima jawapan...disebabkan tak pernah tanda kertas exam, tanya la kak faez camne kan...tanda yang objektif tak da masalah pun. Yang masalah nye...tanda yang subjektif/bertulis ni.. Even diberi skima jawapan.Tak boleh nak depend sgt pada skima..kadang2 budak2 ni tulis betul cuma tulisan je yang terlalu cantik sangat sampai saya kene tengok bebetul..
Tertinggal alif la..baris la.Sepatut tulis 'qaf' dia tulis 'ha'.huhu..biasa la..saya pun macamtu jugak dulu.

Saya ni kan baru menanda..Konon ikut skima sgt sampai adik2 ni bagi jawapan kalau tertinggal satu alif, saya nak salah kan..hehhe..kak faez kata, jangan lah straight sgt...dorg budak2 lg..kesian dorg..huhu lupe la kak faez :) kertas budak2 yang ku tanda rupenye...

Tu baru paper budak2 yang ku tanda..kalo paper budak sekolah menengah..em..tak tau la kan...

Kesimpulan nya..saya dah faham la perasaan cikgu dan lecturer yang menanda kertas saya masa skolah dan kat kolej...Kadang2 bukan kedekut markah tapi kesalahan memang terang lagi bersuluh..hihihii
Cuba carik jugak ape yang boleh menambah markah tapi dah memang semua salah..ahaaa.. :)
tapi budak2 ni nye paper ok je..Biase la, budak2 zaman ni bijak belaka..

Monday, May 25, 2009

Kembali Bersatu


Cruising in my ride beaming pride blasting out on a tune

Thinking my life is peachy pink blessed friends

I found you Break me ..hurt me.stab me kill me.

I was a fool

Fake devotion..fake love you don't meant it..why was I made a fool?


Berpisah dan bertemu.kerananya yang Satu

Manis iman mencintai mu..cintanya cinta ku

Hey brothers let me tell how it feel inside

Lately we've been blinded by this thing call pride

Instead we should be saying what we always hide.

We deserve words so sweet and true like I love you

And it's just one off them times that we say we do

And it's just one of our lines

You're the brothers I've been searching for

And now that I've found you I don't want no more

Friends.they want to play me

Say assalamualaikum..but deep down they really hate me

In their eyes I can see the distrustand honety

Just tell me what you want and let your heart be free

Walau dugaan datang melanda .tabahlah menghadapinya

Hindarilah segala sengketa ..yang bisa memusnahkan

Jalinan mesra persahabatan..antara kita

Hulukan tangan mu.sama bergandingan

Kita hilang entah ke mana .sesat di hati tanpa cahaya

Tiap langkah semakin hamper ikatan ini

Tiada kan terlerai antara kita tiada sempadannya

Teman kita sentiasa bersama dalam mencari erti kehidupan..suka duka

Ingati tika kita mula leka dan bila rintangan datang melanda

Ku tahu ada kala kita tercabar

Terkasar dan tiap kali bergitu ia menguji sabar

Maafkan aku dalam senang atau sukar

Agar jalinan ini tidakkan hambar

Telah kian lama kita semua tidak bertemu

Syukur kini kita telah kembali bersatu

Alhamdulilah padanya yang satu.kasih sayang dan cinta kini

Kian padu sambutlah salam ku..genggam jemari ku

Zahir kan rasa kasih sayang mu..kalimah yang Satu

Lupakan sengketa lalu...

Friday, May 22, 2009

Belum habeh lagi hari guru

ade sampul kecik..inside ade kad comel tertulis

NAME : Mohd Adam b. Anuar

dalam nye..

Happy
Teacher's
Day

wee ;)
semalam...
punye la terharu..pertama kali dapat hadiah sempena 'HARI GURU'

rasa nak nanges sebab tu kire 1st present for first time be a teacher..

sape nak kata saya POYO..silekan tapi u'll never know my heart..hahaa..
Hadiahnye adalah
:: sebiji cawan yang ada kepala zirafah di depannye..siap tangan skali untuk
pegang sudu..COMEL sesangat

Dulu bagi hadiah kat cikgu (penah ke bagi hadiah kat cikgu eh, mcm tak penah je) skrg
tak sangka plak saya yang dapat...

Thanx to Mohd Adam Anuar....

Thursday, May 21, 2009

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa


Something dats good for us.. (Sharing is caring) baca ok...

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

tapi jangan anda tido sampai lebam plak ye..itu kire tido terlampau plak..kite nak ambil kebaikan nye bukan tambah kan mudarat :)

Dah tukar profession...

Pagi

Bangun je, minum air suam dulu (petua nenek) then straight away gi toilet mandi..Dah siap mandi, dalam kepala ni dah set nak buat roti telur.Lapar nye pasal la ni.Elok je sidai towel, kak faez panggil, tanye..."munie free tak" dah sememangnye saye ni free kan..pe lagi jadik peneman dia g mesyuarat la nampaknye..Dah la mesyuarat kul 9.00 katenye.Selamat la dah mandi kalau tak, hah alamatnye...tunggu je la ye..

Pe lagi, rushing la menggosok baju dengan perut yang lapar, ape jadi pun saye nak jugak roti telur. Dengar kak faez tanye, "munie tau ke sekolah agama seksyen 3 kat mana?", hah sudah..takde makne nye tau..Sempat lagi saya tgk google map kat mane sek agama sek 3 tu..emm hampeh je.Map macam serabut (siyes memang tak faham..bukan tak pandai tgk map okeh)
Siap2 terus gi dapur...buat roti telur..(ish kalo nak tu,nak jugak..) siap je then makan dalam keadaan agak gelojoh yang version sopan..habes je terus gerak ngan keta cumel (VIVA) kak faez..gara2 tak tau jalan, saya la yang men'drive' kereta tersebut...

on the way menuju destinasi...dengan ke'terror'an saya..huhu sampai juga akhirnye..not so hard to find yet not so far..poyo je masing2 kata tak tau..sesampai je,tengok kawasan skolah, penuh keta dah..(tak tau la keta ahli mesyuarat ke atau keta2 cikgu skolah tu). Cepat2 carik bilik mesyuarat. Masuk je depan pintu, terbeliak gak la mata ni coz memang ramai..huhu tapi sume guru2 veteren le..heheee ye la, guru besor kan..tapi ade je yang muda

Meeting begin at 9.55..Dengan tak dapat minit mesyuarat nye..duk mengadah je la dengar. Kak faez plak menyalin pe yang penting. As she is behalf of kak ida (headmistress) so kene la tulih pe yang patut untuk di report kan nanti. Yang saya dapat just hand-out report statement akaun. Dengan poyo nye sambil me'refer' statement tu, mule la keje kire mengire. Ntah pe masalah saya yang sebuk untuk nak pastikan statement tu betul ke idak, saya pun kurang pasti tapi yang pasti saya memang kire la..Dah la saya takde kaitan ngan benda tu sume. Jadik wakil je pun.. Huhuhuu..lebih lebih plak..Dengan keseganan melampau menyebabkan kami berdua tak makan pun ape2 kuih malahan air kat mesyuarat tu (sape suh terlebih segan kan) DAN Mereka2 pun bermesyuarat sehingga 12.15..



Tengah hari

Selesai je, kami gerak and otw balik kak ida call suruh pi MAIS plak, ambil pe benda ntah..Maka saya dengan tidak teragak2 men'drive' terus ke MAIS..Selesai je, kak faez dah cakap lapar..Kebetulan ade kat sec 9, maka dengan itu terus je la menuju ke area2 kedai makan, kak faez kata lagi,kita makan kat Ani Sup Utara,saya pun bawak la terus kat kedai tu. Kak faez order sup campur ngan nasi putih, & me, diet nye pasal, order la kueh teow sup..Sedap tak sedap, sedap la jugak sebab lapar kan..Makan time ade la dalam 30min, selesai then terus balik..

Petang

Macam biase la mengajar, tak de yang luar biase melain kan biase2 je..Then, at 5.10ptg brkumpul utk brainstorming aktiviti SPIES..Dah bincang2, lewat jgk la habeh nye..kul 6.55ptg..igt habes awal..Lepas minum2 untuk sesi tu, kemas2 sket smentara tunggu kelas kul 8.00mlm.

Malam

Kehadiran adik2 ni tak ramai..emm..ade exam kot esok, sebab tu ramai tak hadir. Nak wat revision la katekan..Lepas je ajar mengaji, memang mereka ni saya suruh hafaz kan surah2 pendek, dekat nak balik, saya akan tasmik mereka2 ni. Haaa masa tasmik tu la, macam2 perangai ade..Duk garu kepala la, kata "eh,lupa la ustazah"..."emmm..emmm...emmm..pe ustazah ayatnye" ade tu..duk sengih2 je sampai sudah..huhuuu macam2..ade tu, satu surah sampai 2 minggu nak suruh hafal nye... :)
ape2 je la dik...

Balik rumah, masuk bilik, sembang sat dengan cik ikin. Khusyuk die study..yelah sok nak exam dah...Nyembang jap merapu rapu..baru g mandi.huhuuu...Dari kul brape ntah duk depan laptop ni...tak tau bile nak ngantuk nye..
Overall..hari ni profession dah jadik banyak.. dari driver,PA sementara kak faez,cikgu,cleaner..huhuuu..memang superb...(even memang tak superb tapi wanita memg superb) yeah :) ahakss...tetibe je...

nak bagitau : sup utara kat sec9 tak best sgt..kat alam sentral best..

Wednesday, May 20, 2009

Ku Ingin Bertanya



Ku ingin bertanya
mengapakah kau
seperti Awan Berarak
Mengikuti Angin

Ku ingin bertanya
mengapakah kau
berubah sikap selalunya
tanpa ku dapat menyelaminya

ku ingin bertanya
siapakah meniupmu
merubah hala tujumu
hingga gagalku menahannya

maafkan lah ku
kerana ku bukan angin
tidak dapat meniupmu
membawa ke alam cintamu

ku ingin bertanya
adakah lagi ruang
hanya untukku
menjadi kawanan awan
menemani dirimu

dan akhirnya
ku tak kan bertanya lagi
kerana kini
kita menjadi padu
berarak beriringan
bersama angin
yang menjadikan kita satu

copyrirght : separuh(kawan-identiti dirahsiakan) + separuh(saya) = hasilnya ni yang anda basu sudah baca

Tuesday, May 19, 2009

Wahh...banyak nye makanan...


Patutnye nak tulis entry ni semalam..tapi penat laa...

Lepas je siap-siap..dengan jubah hitam sy (dah tak tau nak pakai baju ape..men ambik je) dengan tudung bunga warna coklat (tak tau la match ke tak) terus je berjalan kaki ke tempat menngajar..Jalan laju-laju tapi laju dalam keadaan sopan la sebab masa tu dah 2.25...Lagi 5 minit nak mula, sy punye la risau takut adik-adik ni dah sampai..Tak nak la adik-adik tunggu lame kan..Dalam keadaan laju berjalan tu, dari jauh dah nampak syu tgh bersembang kat phone. Dah smpai dekat baru la die tegur..maybe die tak perasan tadi..Hehe
Sembang2 jap rupenye class die cancel. Tunda kul 5.30 ptg..Naik opis kak faez, duk sembang jap suddenly adik2 ni dtg..tapi dtg bawak makanan.Ni kenapa plak budak2 ni.Rupenye mereka2 ni nak smbut hari guru.

waa..banyak nye makanan..jajan,kek,air warna warni..ade muffin.comel sgt muffin tu coz on the top of it ada icing..kiut miut sgt..sampai tak sampai hati nak mkn..ahakss... :)
Maka sesi sambutan pun bermula dengan adik2 ni ada aktiviti mewarna and buat crossword dulu..

Lepas je mereka mereka ini siap, ape lagi..MAKAN time lerr.Semua duduk bersila la kat lantai..makanan letak kat tengah2 so semua duk la keliling tu...Syok tgk adik2 ni.Mcm2 kerenah (mcm tak penah ade adik plak nak syok2 tgk bebudak ni..hihi)
Tetiba tgh syok nak mula makan, then dengar suara Ibtisam "ustazah..tolong saya kejap" dia suarakan pada kak faez..huhuu nak tergelak pun ade. Bleh plak si kecik tu mintak tolong...
Dalam half hour, dah mkn2..then kemas2...ade yg bwk makanan tu dtg..boleh pulak bawak jugak balik makanan tu..macam2 betul budak2 ni..Pe pun dats my 1st time la rasa jadi guru.even takda pun yang ucap..ahaa sadis sungguh...

To Kak faez..SELAMAT HARI GURU....to my all teachers dari sekolah tadika,rendah,menengah n sekarang kat kolej...kalian adalah guru yang terbaik...TERIMA KASIH CIKGU...(walaupun dah terlambat)

Monday, May 18, 2009

persahabatan dak kecik ni lebih ikhlas


baru aku sedar
yang aku tak mampu
tak mampu berjalan seorang diri

sebab aku akan jadi
seperti orang yang seorang
yang takda teman
untuk aku kata
"mekaceh sebab jadik kawan kite"

mungkin aku bukan seperti
seperti sahabat2 lain
yang belikan hadiah yg mahal
lagi sungguh besar utk kwn2 nye
tapi
kau tak penah hilang
dalam list org yg slalu aku doakan



emm betul la
org kata
persahabatan dak kecik ni
lebih ikhlas dan suci dari kita
yang dah besar ni

bukan la kita tak ikhlas
tapi
cuma sehingga mana
mampu kita menjadi ikhlas
bila tercuit sikit
mula la
kan..kan..kan..


p/s: terasa sendiri laaa... :) to anis, mira, puteri, acu..maklong expose gambar korang eh..even korang tak tau dan korang ntah bile nak tau yg maklong de blog..huhu

Tentang kita...


Siapa?


Siapa orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil peduli tentang waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as.

Siapa orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illaihi rajiuun. Lalu berkata lagi, Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMU ini, sambil mengukir senyuman.

Siapa orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapa orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapa orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapa orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapa orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan ke mana mata memandang.

Siapa orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapa orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.