Monday, May 18, 2009

Tentang kita...


Siapa?


Siapa orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil peduli tentang waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as.

Siapa orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illaihi rajiuun. Lalu berkata lagi, Ya Rabbi, Aku redha dengan ketentuanMU ini, sambil mengukir senyuman.

Siapa orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapa orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapa orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapa orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapa orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan ke mana mata memandang.

Siapa orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapa orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

1 comments:

Rakcacer said...

Sapa plak yang paling bergaya?
.
..
...
....
.....
......
Rakcacer <---- paling bergaya